Jom Naik Percuma KL Hop-On Hop-Off Pusing Kuala Lumpur

Sempena pengoperasian semula KL Hop-On Hop-Off, mereka telah tawarkan tiket percuma kepada semua warganegara Malaysia yang ingin ronda-ronda Kuala Lumpur sambil menikmati udara dan pemandangan menarik.

KL Hop-On Hop-Off telah berhenti beroperasi ketika pandemik COVID-19 yang telah melanda Malaysia diikuti dengan arahan PKP lagi. Jadi sejak Mac lagi, tiada bas ini pusing-pusing bandaraya Kuala Lumpur tersebut.

BACA : Antara 8 Penginapan Airbnb Yang Menyediakan Permainan PS4 Sekitar Lembah Klang

KL Hop-On Hop-Off

Jadi selepas pengumuman PKPP yang telah bermula pada 10 Jun yang lalu, KL Hop-On Hop-Off telah mengumumkan mereka telah mula beroperasi semula seperti biasa tetapi mengekalkan dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Tiket Percuma KL Hop-On Hop-Off

Jadi sempena pembukaan semula ini, KL Hop-On Hop-Off akan menawarkan tiket percuma kepada semua warganegara Malaysia sepanjang Jun ini. Tiada had umur yang ditetapkan. Semua boleh naik secara percuma yang mempunyai MyKad.

Tempat duduk terhad tau! Kena cepat dapatkan tiket percuma sekarang.

KL Hop-On Hop-Off

Anda boleh dapatkan tiket percuma tersebut di www.ticket.myhoponhopoff.com/ dan ianya valid selama 24 jam sahaja. Yang penting anda tetapkan tarikh bila anda mahu naik. Anda perlu naik di 1 point sahaja iaitu Stop 1 : Bukit Bintang bermula 9 pagi.

Operasi bermula 9 pagi hingga 6 petang dan perjalanan lebih kurangn 20-30 minit. Dengan KL Hop-On Hop-Off, anda boleh nikmati pemandangan urban Kuala Lumpur di atas deck bas secara terbuka. Anda boleh tangkap gambar dengan bebas. Disediakan kru penerangan sepanjang perjalanan dan jangan risau ianya jua mesra OKU tau.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, sahut Cuti-Cuti Malaysia sepanjang PKPP ini. Penuhu ruang-ruang percutian domestik. Lagi-lagi ni percuma je tau. Apa lagi, pergi dapatkan tiket percuma sekarang!

Leave a Comment