Percutian Menarik Di Bukit Gambang Resort City, Pahang

Sebuah lokasi percutian taman tema yang kini semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Jadi untuk anda, jangan lepaskan peluang untuk datang dan bercuti di Bukit Gambang Resort City (BGRC), di Pahang (selepas pandemik tamat)

Sejak penubuhannya pada tahun 2009, BGRC menjadi sebuah lokasi percutian yang wajib datang di Pantai Timur. Pastinya ianya mesti dikunjungi setiap kali cuti sekolah atau cuti umum serta hujung minggu.

BACA : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

BGRC adalah destinasi taman tema di Pantai Timur Malaysia yang terletak di kedudukan strategik berhampiran bandar Gambang, Kuantan Pahang iaitu tidak jauh daripada Bandar Kuantan sendiri.

bukit gambang resort city

Taman tema ini terbahagi kepada 2 iaitu Taman Safari dan Taman Tema Air serta tampil dengan kemudahan penginapan. Semua ciri keringan berbentuk kekeluargaan untuk bercuti ada disini.

Jika anda lalu di pintu gerbang Bukit Gambang Resort City ini, pelbagai aktiviti menyeronokkan dan pendidikan buat anak dan keluarga menanti anda.

Taman Tema Air Bukit Gambang Resort

Taman tema air disini telah menerima anugerah “Taman Air Besar Terbaik” pada tahun 2011 oleh Persatuan Taman Tema Hiburan & Kekeluargaan Malaysia (MAATFA).

Ianya menyediakan fasiliti permainan dengan gabungan unik gelongsor dan kemudahan permainan air. Kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia termasuk longest family raft ride, longest 6-lanes racer, kolam ombak bergelombang terbesar, Pulau Penguin dan turbulent lazy river.

Selain itu, di Taman Air Bukit Gambang ini juga menggunakan sistem E-Value dimana pengunjung boleh menyimpan tunai dalam band pergelangan tangan untuk mana-mana pembelian di dalam taman tanpa membawa cash.

Paling menarik, di Coco Beach iaitu kawasan kolam ombak buatan yang membuatkan anda berasa seolah-olah bermandi-manda di pantai lautan sebenar.

Gambang Water Park

Jika anda penat dan ingin berehat, jangan risau, disediakan cabana untuk anda berehat atau bersantai bersama keluarga. Dengan cara ini juga lebih mudah untuk meletakkan barang-barang peribadi.

Taman Safari Bukit Gambang Resort

Di Bukit Gambar Resort juga menyediakan Taman Safari yang jga terbesar di Malaysia dengan koleksi haiwan yang unik beserta pelbagai pertunjukan istimewa.

Ianya terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu taman safari terbesar, koleksi haiwan unik dan persembahan-persembahan yang menarik untuk anda saksikan setiap hari.

Dengan keluasan 138 hektar ianya mempunyai 2 zon berbeza iaitu zon pejalan kaki dan zon Wild Savannah (Walking & Wild Savannah Zones). Masa operasinya bermula tengah hari hingga 9.00 malam.

Antara koleksi haiwan unik yang anda boleh jumpa disini seperti Singa putih, burung hantu putih, kanggaru putih, empat daripada enam spesis unta di dunia dan empat daripada lapan spesis beruang di dunia juga terdapat disini.

Di Zon Wild Savannah anda boleh lihat haiwan pemangsa dengan lebih dekat seperti singa, harimau, cheetah dan dubuk di tempat yang dilindungi dengan cermin kalis pecah.

Untuk persembahan pula, anda boleh merasai pengalaman yang melibatkan 5 persembahan aktif iaitu Wonderful Birds, Multi Animal, Tarson, Yabara Fire dan predator-no-human-contact.

Pada waktu malam pula, boleh lakukan aktiviti jungle walk untuk melihat haiwan yang aktif serta nikmati persembahan api Yabara Fire Show dan tarzan.

Penginapan Dan Kemudahan

Di Bukit Gambang Resort terdapat 3 buah resort utama iaitu Carribbean Bay Resort, Arabian Bay Resort dan Everia Bay Resort. Setiap bilik tampil dengan keluasan dan dekorasi yang menarik disamping keutamaan keselesaan dititik beratkan.

Disitu juga terdapat kemudahan kolam renang dewasa, kanak-kanak dan kolam jakuzi untuk yang ingin bersantai waktu pagi selepas sarapan atau waktu petang.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Bukit Gambang Resort City. Anda boleh dapatkan pakej percutian 2 hari 1 malam di Shopee. Bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan disini.

Leave a Comment