Petronas Twin Tower. Promosi RM28 Untuk Skybridge Dan Observation Deck

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia bagi melawat Petronas Twin Tower. Belum cukup dengan promosi RM20 untuk Skybridge, kini anda boleh dapatkan harga promosi RM28 untuk Skybridge dan Observation Deck dengan 1 harga sahaja.

Melalui pengumuman yang dibuat menerusi laman facebook Petronas Twin Tower, promosi RM20 untuk Skybridge telah tamat pada 20 September 2020 yang lepas. TAPI jangan risau, rupanya ada promosi yang lebih baik dan lebih menarik tau.

Untuk pengetahuan, Menara Berkembar Petronas atau biasa dikenali KLCC mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter. Ianya merupakan menara berkembar tertinggi didunia dengan disambungkan dengan Skybridge di tingkat 41 dan 42 dengan ketinggian 17 meter.

Pada Petronas Twin Tower ini juga terdapat 2 lokasi untuk pelancong nikmati pemandangan seluruh kota Kuala Lumpur iaitu di Skybridge dan juga di Observation Deck iaitu di tingkat 86.

Berita baik, pengurusan Petronas Twin Tower memberitahu bermula 22 September ini, tingkat 86 iaitu terdapat dek tinjauan akan dibuka kepada umum selepas ianya ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac yang lepas.

Promosi Harga RM28 Untuk Skybridge Dan Observation Deck Di Petronas Twin Tower

petronas twin tower

Jadi bermula 22 September 2020, anda boleh dapatkan tiket secara online atau datang terus ke kaunter bagi dapatkan harga promosi RM28 untuk tiket masuk Skybridge (di tingkat 41 dan 42) dan Observation Deck (di tingkat 86). Dengan 1 harga, anda boleh dapatkan 2 tiket masuk. Berbaloi kan! Untuk dapatkan tiket secara online, anda boleh klik pautan dibawah

Penjualan tiket adalah first come, first serve. Ini kerana kemasukan bagi setiap sesi adala terhad, jadi kalau anda ingin masuk awal, kena la dapatkan tiket lebih awal.

promosi skybridge

Harga Tiket

Tawaran harga promosi ini hanya terhad kepada pemegang MyKad sahaja.

Bayi (Bawah 3 tahun)Masuk PERCUMAMasuk PERCUMA
Kanak-Kanak (Umur 3-12 tahun)RM33.00RM14.00
Dewasa (Umur 13-60 tahun)RM80.00RM28.00
Warga Emas (Umur 61 tahun ke atas)RM42.00RM14.00

Jangan lupa tunjukkan kad pengenalan anda untuk dapatkan harga promosi.

Waktu Lawatan

HariWaktu Lawatan
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (kecuali jatuh atas hari Isnin)10.00 am hingga 6.00 pm (Waktu terakhir pada jam 5.40 pm)
Selasa – Jumaat11.00 am hingga 4.00 pm (Waktu terakhir pada 3.40 pm)
IsninTutup

Taknak terlepas dan berebut untuk lawatan, lebih baik anda datang pada hari bekerja atau weekdays. Biasa tiket hujung minggu ni cepatlah sold out. Juga boleh gunakan belian secara online. Lebih mudah untuk anda dapatkan tiket untuk masuk ke tempat lawatan di Petronas Twin Tower. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.petronastwintowers.com.my

Leave a Comment