PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari

Akhirnya ura-ura ‘lockdown 2.0’ secara rasmi diumumkan. Bermula 13 Januari 2021, 6 negeri akan melaksanakan PKP untuk 14 hari bagi membendung penularan COVID-19 yang seperti dari hari ke hari tidak menunjukkan penurunan.

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan ini ketika pengumuman khas pada isnin lepas. Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di 6 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala 6 buah negeri lagi; Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan 2 lagi negeri; Perlis dan Sarawak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

BACA : PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Kelantan Bermula 21 November 2020

Kesemua arahan PKP, PKPB dan PKPP ini akan bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021 iaitu selama 14 hari. Usaha bagi terus mengekang penularan dan melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

Perintah Kebenaran Rentas Negeri Dan Daerah Sepanjang PKP, PKPB dan PKPP

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah menetapan tidak dibenarkan untuk rentas negeri bagi semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP. Walaubagaimanapun, hanya negeri dibawah PKPB dan PKPP sahaja dibenarkan rentas daerah dan tidak untuk negeri PKP.

Selain itu, bagi negeri yang melaksanakan PKP 2.0 ini, arahan daripada MKN, pergerakan adalah terhad dalam lingkungan 10 kilometer radius sahaja sama seperti PKP 1.0 dahulu iaitu bagi tujuan membeli barangan keperluan harian. Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama dalam satu-satu masa.

Nasihat terakhir daripada YAB Perdana Menteri… Stay At Home

Leave a Comment