PKP Di Semua Negeri Bermula Jumaat Kecuali Negeri Sarawak

Disebabkan kes jangkitan COVID-19 makin membimbangkan, Kerajaan bersetuju untuk laksanakan PKP di semua negeri kecuali di negeri Sarawak.

Terbaru, melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media memaklumkan 6 buah negeri lagi akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu negeri Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Jika sebelum ini, negeri-negeri ini hanya berada di bawah pelaksanaan PKPB iaitu bermula 13 hingga 26 Januari ini. Walaubagaimanapun, dengan kes jangkitan yang masih tidak menunjukkan penurunan serta atas nasihat MKN dan KKM, Kerajaan bersetuju untuk laksanakan PKP 2.0 di negeri-negeri ini.

PKP Di Semua Negeri Kecuali Sarawak

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berkuat kuasa bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021 bagi negeri Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

pkp di semua negeri

Jadi sudah pastinya, segala SOP PKPB di negeri-negeri ini terbatal dan mengikut segala SOP PKP yang ditetapkan oleh pihak MKN. Untuk SOP penuh PKP, anda boleh dapatkan info lanjut dengan mudah dengan pergi ke Telegram MKN di t.me/MKNRasmi

Sudah pastinya tiada rentas daerah dibenarkan bagi negeri dibawah arahan PKP dan hanya boleh keluar dalam lingkungan 10 kilometer radius dari kediaman sendiri.

BACA : Download Borang Permit Rentas Negeri Dan Daerah (PKP/PKPB)

Leave a Comment