PKPB Kini Di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang Dan Johor Bermula 5 Mac Ini

Selepas penilaian risiko dibuat oleh KKM, MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKP di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor serta ditukar status kepada PKPB bermula 5 Mac ini. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaacob dalam sidang media harian hari ini.

Selain itu, PKPB dilanjutkan bagi Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac 2021 (14 hari). Hanya Sarawak yang kini berada dalam arahan PKPB akan tamat pada 15 Mac 2021.

Manakala, bagi negeri Perlis, Terengganu, Pahang, Melaka, Putrajaya, Labuan dan Sabah berada dalam arahan PKPP juga berkuatkuasa dalam tempoh yang sama.

Kebenaran Rentas Daerah Untuk PKPB Dan PKPP

Selain daripada pengumuman tersebut, Ismail Sabri juga mengumumkan dimana rentas daerah kini dibenarkan bagi seluruh negeri bermula 5 Mac ini kecuali negeri Sabah yang masih tidak dibenarkan pergerakan ke daerah lain.

Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) ke Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun pergerakan dari Selangor atau KL ke Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana Putrajaya berstatus PKPP. Ini bagi melindungi WP Putrajaya dari penularan COVID-19 – MKN

Manakala arahan bagi rentas negeri masih tidak lagi dibenarkan buat masa ini. Jadi kesemua negeri tidak dibenarkan bergerak ke negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Polis melalui borang permit rentas negeri.

Leave a Comment