PKPB Ditamatkan Di Terengganu, Kedah, Johor Dan Melaka

Berita baik untuk semua, PKPB ditamatkan lebih awal di negeri Terrengganu, Kedah, Johor dan Melaka. Kini mereka kembali kepada PKPP.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media harian sebentar tadi berkaitan maklumat kesihatan harian.

Beliau mengumumkan dimana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka akan ditamatkan bermula malam ini, 21 November 2020. Ianya tamat lebih awal seperti yang dijadualkan yang sepatutnya berakhir pada 6 Disember 2020.

PKPB Ditamatkan Tetapi Tidak Bagi Beberapa Daerah

Walaubagaimanapun, ada beberapa kawasan dan zon yang masih berada di dalam tempoh PKPB ini. Di negeri Kedah, semua daerah tamat PKPB kecuali daerah Kulim. Di Johor, semua daerah tamat PKPB kecuali daeah Kota Tinggi dan Mersing. Manakala bagi negeri Melaka dan Terengganu ditamatkan PKPB seluruh daerah.

BACA : Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Kota Tinggi, Johor

Dengan berita PKPB ditamatkan lebih awal ini, pastinya memberikan berita gembira kepada semua penduduk di negeri terbabit. Kini mereka bebas untuk bergerak rentas daerah dan negeri bagi melakukan aktiviti harian tetapi masih mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKPP bagi mengelakkan penularan COVID-19 daripada berlaku lagi.

Leave a Comment