Kini Policy AirAsia Hanya Benarkan 1 Bag Kecil Sahaja

Jika anda terbang bersama AirAsia di dalam tempoh pandemik ini, anda perlu alert dengan policy AirAsia yang terbaru yang diperkenalkan iaitu pada Policy Bagasi Kabin.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah memperkenalkan dasar baharu sementara berkaitan Bagasi Kabin sepanjang pandemik COVID-19 ini. Mereka telah keluarkan maklumat tersebut melalui pautan support Airasia.

BACA : Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!

Jika sebelum ini, anda boleh bawa 1 bagasi bersaiz (56 x 36 x 23) dan 1 beg kecil (40 x 30 x 10) seperti yang dipaparkan di website KLIA2. Tetapi kini tidak lagi, anda hanya dibenarkan membawa 1 beg sahaja dan ianya ada sebuah beg kecil sahaja.

Disebabkan inilah, berlakunya salah faham dan ketidak sampaian maklumat antara AirAsia dan pengguna terutamanya berlaku di airport. Disebabkan inilah, pengguna terpaksa menempah tiket kapal terbang yang lain.

Policy AirAsia Baharu Bagasi Kabin Kapal Terbang

Pemakain dasar atau policy baharu ini berkuat kuasa apabila mulanya penerbangan semula seperti yang dipaparkan disini. Jika sebelum ini dihentikan disebabkan penularan pandemik di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Policy Bagasi AirAsia

Jadi kini anda perlu hanya dibenarkan membawa 1 sahaja bag kecil (bag laptop, handbag atau bag galas kecil) atau mengikut saiz yang ditetapkan

  • Bagi mestilah tidak melebihi saiz 40cm x 30cm x 10cm
  • Bag mestilah tidak melebihi 7kg berat
  • Bagi mestilah muat diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan
policy airasia

Tetapi jika bag tersebut tidak muat atau terlebih saiz daripada saiz yang patut diletakkan di bawah kerusi penumpang,

  • Anda akan diberikan daftar masuk percuma untuk beg kabin yang beratnya kurang dari 7kg. Sila daftar masuk bagasi anda di kaunter.
  • Jika bag kabin berat daripada 7kg, bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kg berat
  • Bagasi daftar masuk percuma 7kg harus  dibuat secara berasingan dari bagasi daftar masuk standard

BACA : AirAsia Kini Benarkan Semula 2 Bagasi Di Kabin; Bag Roda dan Bag Kecil

Jadi bagi mengelakkan anda terlepas pandang berkaitan sesebuah policy syarikat terutamanya penerbangan seperti ini, setiap kali sebelum penerbangan, sila semak dahulu tiket penerbangan ataupun semak la website mereka sebelum terbang.

Ini kalau tidak, terpaksalah kena beli tiket kapal terbang lain, terpaksa bayar lebih, tidak dibenarkan boarding dan sebagainya.

1 thought on “Kini Policy AirAsia Hanya Benarkan 1 Bag Kecil Sahaja”

Leave a Comment