Selain Ikan Patin, Kat Temerloh Pun Ada Port Makan Lain la. Jom Tengok!

Sebenaranya ada banyak port makan best di Temerloh yang mungkin anda tak tahu. Biasa datang Temerloh, makan ikan patin masak tempoyak je kan. Moh nengok port makan mantak di sekitar Temerloh untuk aokme cuba.

Temerloh dengan ikan patin tidak boleh dipisahkan. Setiap minggu, kedai-kedai ikan patin sekitar Temerloh tak sah kalau tak ramai orang datang semata-mata nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak original daripada Temerloh (bukan Selangor tau).

Tapi kalau anda rasa lepas ni nak datang Temerloh, tapi nak cuba makanan lain pula, anda boleh tengok senarai ini. Sebenarnaya banyak je port makan best yang ada di Temerloh ni. Anda boleh tengok senarai tempat makan menarik di Temerloh seperti yang dikongsikan oleh Huda Risma di Twitter beliau.

26 Port Makan Dan Lepak Menarik Di Sekitar Temerloh

1. Bangman Fried Chicken

Anda boleh dapatkan ayam goreng cheese di sini. Lokasi berhampiran Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Seberang Temerloh

2. Hogoh De Coco

Ingat di Melaka je ada coconut shake. Moh datang ini, cuba coconut shake di Hogoh De Coco. Dengan 2 lokasi; Paya Pulai dan dalam bandar Temerloh

3. Vanilla Temerloh

Vanilla fresh dari ladang. Anda boleh datang sini makan aiskrim vanillah sambil melawat kebun vanilla itu sendiri. Lokasi di Kg. Bangau Parit.

4. Warong Selai

Warong instagrammable sini selain juadah menarik yang disediakan. Lokasi adalah di Batu 4, Jalan Maran selepas Sekolah Rendah Paya Pulai.

5. Nasi Air Kak Na

Nasi air paling sedap di Temerloh. Tak caya, anda kena datang sendiri. Lokasi adalah di Bandar Lama Temerloh.

6. Steamboat D’Kilat

Port makan steamboat ni tak sah kalau tak ramai orang bila malam. Jom datang Steamboat D’Kilat. Lokasi adalah di Dynaton Bukit Angin dan juga depan Hospital HOSHAS

7. BamBam Cake House

Nak makan benda manis, nak makan kek. Jangan risau, kat Temerloh pun ada port menarik. Meh datang BamBam Cake House. Lokasi di Gerai MPT Lurah Semantan A21.

8. Ustaz Cendol

Nak makan cendol dengan topping buah-buahan. Boleh cuba di Ustaz Cendol. Lokasi adalah dihadapan PPD Temerloh

9. Rukutea

Satu lagi port makan dengan suasana hipster sikit. Mari datang di Rukutea di 21-G Jalan Pekeliling Mentakab

10. Mango Shake D’ Temerloh

Tadi kita dah makan coconut shake, kali ni kita cuba Mango Shake D’ Temerloh pula. Sedap weh!. Lokasi di berdekatan dengan Sekolah Menengah Sukan Seberang Temerloh.

11. Chapli Noodles

Nak cuba dan makan menu berasaskan mee, datang di Chapli Noodles. Lokasi di Taman Setia Jasa

12. Clash Gida

Makanan western dan hipster gitu. Datang lah ke Clash Gida yang berada di Jalan Setia 2/3 Belakang TF Temerloh

13. Cozy Shake Cafe

Port makan western antara yang menarik di Temerloh. Datang di Cozy Shake Cafe. Satu lagi lokasi di Dynaton Bukit Angin iaitu belakang Koppi Rotti.

14. Idea Kitchen Cafe

Port western dan makan kampung. Datanglah ke Idea Kitchen Cafe di Dynaton Bukit Angin.

15. Shell Eat

Shell-out pun ada tau di Temerloh. Jom datang di Shell Eat dan cuba seafood di sini. Lokasi yang sama iaitu di Dynaton Bukit Angin.

16. Eat Me Cafe

Port western juga dengan macam-macam menu yang disediakan. Lokasi berada di Simpang Tanjung Batu Seberang Temerloh.

17. Pizza Anak Dol Temerloh

Kalau terkenal di Jerantut sebelum ini, kali ini sudah ada di Temerloh. Anda kena cuba pelbagai menu pizza di Pizza Anak Dol Temerloh. Lokasi di belakang Celcom Temerloh dan sebaris Al-Ikhsan.

18. Makan Di Ghumah

Jemput datang dan cuba makanan di Makan Di Ghumah. Port lepak cantik ni. Lokasi di Lot 3259 Bukit Pengawan, Batu 3 Jalan Maran

19. House Of Briyani

Nak cuba makanan menarik disini, pasti tidak kecewa. Lokasi di Dynaton Bukit Angin.

20. Along Tehpeng Pior

Nak cuba rasa teh ais mantak di Temerloh. Datang la di Temerloh Jaya. Confirm tak cukup 1 kalau rasa. Harga RM2 je weh!

21. Nasi Ayam Kak Mala

Ini antara nasi ayam yang sedap di Temerloh. Siapa orang Temerloh, tak tahu, tak tahu la. Meh sini di TF Temerloh cuba Nasi Ayam Kak Mala.

22. Laksa Gebok

Pernah masuk Majalan 3 rasanya. Laksa Gebok satu-satunya di Temerloh. Mari cuba di lokasi Batu 1, sebelum sekolah Agama Al-Khairiah.

23. Roti John Cheese Sekilo

Tengok nama pun boleh bayangkan banyak mana dia letak cheese. Jom cuba Roti John disini. Lokasi di C-14 Gerai MPT Lurah Semangat.

24. Selera Anita

Antara port lepak malam-malam secara santai. Datanglah di Selera Anita. Cuba mee kari dia. Power jugak! Lokasi di Jalan Bahagia sebaris Old Town JB.

25. Sheikh Cendoy

Sini nak lepak sambil menikmati angin Sg. Pahang mari datang ke Sheikh Cendoy di tepi Sg Pahang je weh. Lokasi di No. 6 Gerai MPT Esplanade Temerloh.

26. Nasi Kandaq Paksam Temerloh

Nak cuba nasi kandaq melayu, mai sini dan cuba di kedai Paksam Temerloh. Lokasi di No 28, Jalan Industri Seberang Utama 1, Kawasan Industri Seberang Temerloh.

sumber : Twitter Huda Risna

2 thoughts on “Selain Ikan Patin, Kat Temerloh Pun Ada Port Makan Lain la. Jom Tengok!”

Leave a Comment