Promosi Skybridge Menara Berkembar PETRONAS Dengan Hanyar RM20 Sahaja

Nak merasai berada di menara pencakar langit? Kini Menara Berkembar PETRONAS ada buat promosi Skybridge KLCC dengan hanya RM20 sahaja. Masa terhad tau, jangan lepaskan peluang ini untuk lalu di jambatan tersebut.

Let’s Visit The Skybridge!

Jika sebelum ini Menara KL ada buat promosi dengan naik percuma, kini menarak berkembar Petronas (KLCC) pun ada buat promosi dengan harga lebih murah. Kebiasaanya tiket untuk Skybridge adalah RM28 untuk pemegang mykad, tetapi kini untuk masa terhad adalah sebanyak RM20 sahaja.

promosi skybridge

Sebenarnya anda boleh juga masuk untuk menara tinjau di tingkat 83 dan 86, tetapi buat masa ini ianya masih ditutup lagi. Jadi untuk Skybridge anda pergi ke tingkat 41 dengan ketinggian sehingga 170 meter .

Promosi Skybridge Di Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Jadi jika anda berkelapangan, anda boleh datang ke sini untuk nikmati pemandangan daripada tingkat 41 KLCC. Tiket promosi bagi pemegang MyKAD dan non-MyKAD adalah seperti berikut :

MyKAD

Dewasa : RM20
Kanak-Kanak : RM10
Warga Emas : RM10

Non-MyKAD

Dawasa : RM56
Kanak-Kanak : RM24
Warga Emas : RM29

Hari dan Masa Lawatan

Skybridge dibuka untuk lawatan bermula selasa hingga Ahad dan hanya tutup pada hari Isnin. Masa lawatan :

  • Selasa – Jumaat : 11 pagi – 4 petang
  • Sabtu-Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 pagi – 6 petang

Anda dinasihatkan untuk datang pada hari weekdays. Tiket hujung minggu selalunya sold out cepat, jadi datang pada hari biasa lebih digalakkan. First come first serve.

promosi skybridge

Untuk pembelian tiket, tiada tiket online, jadi anda perlu pergi ke kaunter untuk dapatkan tiket lawatan.

Jadi apa lagi, jom tengok bandar Kuala Lumpur dari Skybridge Menara Berkembar Petronas. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke website www.petronastwintowers.com.my/

Leave a Comment