Promosi! Tiket Masuk Zoo Melaka Hanya RM10 Sahaja

Berita baik untuk semua, Zoo Melaka kini mengadakan promosi Pembukaan Semula Zoo Melaka dengan harga tiket serendah RM10 untuk seorang. Pastinya akan lebih ramai mampu untuk lawati Zoo Melaka tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, hampir semua aktiviti perniagaan boleh dibuka semula termasuklah Zoo. Jadi Zoo Melaka kini telah mengumumkan dimana, mereka aku beroperasi semula selepas hampir 3 bulan ditutup kepada umum sejak PKP dilaksanakan pada pertengahan Mac yang lepas.

Kali ini, bagi menggalakkan lebih ramai untuk orang datang nak melihat haiwan-haiwan kesayangan mereka di Zoo Melaka, pihak pengurusan Zoo tersebut telah menawatkan harga tiket yang berpatutan untuk orang ramai.

Tiket Masuk Zoo Melaka Lebih Murah

zoo melaka

Anda boleh dapatkan tiket masuk ke Zoo Melaka dengan harga RM10/seorang bagi orang dewasan dan RM5/seorang untuk kanak-kanak. Harga ini hanya ditawarkan kepada pemegang MyKad dan MyKid sahaja sepanjang tempoh PKPP ini.

BACA : Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tiket ini hanya boleh dibeli di kaunter sahaja. Ini kerana mereka perlu hadkan kemasukan pelawat kepada 500 orang dalam satu-satu masa.

SOP Yang Perlu Dipatuhi

zoo melaka

Dalam pada itu, orang ramai perlu patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Melaka. Anda perlu pakai face mask ketika berada di dalam kawasan Zoo dan perlu mencuci tangan dahulu sebelum masuk.

Selain itu, hanya seorang yang dibenarkan untuk beratur membeli tiket tetapi maklumat ahli keluarga semua perlu diisi di dalam borang yang disediakan. Sebelum masuk, anda perlu scan suhu badan terlebih dahulu. Ianya adalah prosedur wajib.

Waktu Operasi

Waktu operasi kali ini sedikit berbeza. Ini kerana, terdapat 2 sesi lawatan untuk 1 hari. Zoo akan ditutup sementara selama sejam bagi proses sanitasi.

Waktu pertama : 8.30am – 12.30 pm (waktu tiket terakhir dijual pada pukul 12 pm)
Waktu kedua : 2.00pm – 6.00pm (waktu tiket terakhir dijual pada pukul 5 pm)

Waktu masih panjang sekali pun ianya ditutup sementara. Ini bagi mencegah penularan COVID-19 yang mungkin berlaku di tempat awam seperti ini.

Jadi dengan tawaran dan promosi ini, pastinya dapat tarik lebih ramai pelawat untuk datang ke Zoo Melaka bagi melihat haiwan-haiwan comel yang ada disini. Maklumat lanjut boleh layari facebook rasmi Zoo Melaka

Jangan lupa tau, jom support dan kembalikan ekonomi negara kita semula. Harga dah murah tu. Boleh ajak anak-anak, sementara tengah cuti ni kan.

Leave a Comment