Rentas Negeri (Tujuan Pelancongan) Dibenarkan Antara Negeri PKPP Bermula 10 Mac Dengan Syarat Ketat

Berita ini pastinya memberika nafas lega kepada pemain industri apabila Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan pelancongan antara negeri PKPP bermula 10 Mac tetapi dengan syarat yang ketat.

Kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini berlangsung di negeri Pahang, Melaka, Perlis, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan yang terbaru adalah di Pulau Langkawi berkuatkuasa sehingga 18 Mac 2021.

Selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian iaitu membenarkan rentas negeri bagi tujuan pelancongan di negeri-negeri ini berkuatkuasa 10 Mac 2021.

Rentas Negeri Dengan Syarat

Syarat yang dikenakan bagi tujuan rentas negeri (pelancongan) adalah seperti berikut dan berkuatkuasa 10 Mac 2021:

  • Perlu menggunakan perkhidmatan syarikat/agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC
  • Hanya menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC
  • Pergerakan menggunakan kenderaan peribadi tidak dibenarkan
  • Syarikat/Agensi pelancongan perlu mendapat kebenaran dengan PDRM untuk pergerakan rentas negeri. Perjalanan perlu terus ke negeri PKPP

Sebagai contoh :

  • Pahang (PKPP) dibenarkan terus ke Terengganu (PKPP)
  • Putrajaya (PKPP) dibenarkan terus ke Melaka (PKPP) tanpa singgah di Negeri Sembilan (PKPB) atau Selangor (PKPB)
rentas negeri

Leave a Comment