Review KFC Extra Hot And Spicy (Ayam Goreng)

KFC hari ini secara rasmi memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu KFC Extra Hot and Spicy. Rasa ayam goreng pedas ngam-ngam dengan rasa sedap kaw-kaw.

Menu baru kali ini tiada penambahan resepi unik seperti sebelum-sebelumnya ada rasa Bali, Sawadee Cruncy, Burger Banjir dan sebagainya.

KFC Extra Hot And Spicy

Sebaliknya menu kali ini adalah upgrade rasa sahaja iaitu daripada Hot & Spicy kepada Extra Hot Spicy untuk menu ayam goreng.

Jadi anda tidak boleh expect rasa unik sebaliknya hanya rasa lebih pedas daripada biasa sahaja. Tapi pedas ke Extra Hot & Spicy ni?

Review Ayam Goreng Extra Hot And Spicy

Dengan menu baru ini, KFC menyediakan tawaran iaitu iaitu 2-ketul dan 3-ketul Extra Hot & Spicy Combo dengan masing-masin berharga RM17.99 dan RM21.99.

Selain itu terdapat juga menu Kentang Goncang bersaiz Large (L) dengan harga RM6.49 dan kesemuanya ditawarkan untuk waktu terhad sahaja.

Anda boleh mula buat pesanan secara takeaway, drive-thru atau KFC Delivery menerusi https://kfc.com.my/ bermula hari ini.

Extra Hot And Spicy

Apa yang boleh dikatakan tentan rasa pedasnya adalah terdapat extra spicy tetapi tidak terlalu ketara. Jika ianya disukat, hanya 2.5 daripada 5 sahaja tahap kepedasannya.

Mungkin yang sudah biasa dengan pedas Hot & Spicy bersetuju yang pedasnya hanya tambah sedikit sahaja. Tetapi bagi yang suka Original, pasti Extra Hot And Spicy ini pedas bagi mereka.

Untuk warga luaran ayam goreng pun, tidak sama seperti dalam gambar iklan. Tiada perubahan warna atau warna-warna merah pun. Hampir sama seperti Hot & Spicy.

KFC Extra Hot And Spicy

Akan tetapi untuk Kentang Goncang, rasanya pedas dan sedikit masing. Ianya menyediakan kentang goreng, beg kertas goncang bersama serbuk Hot & Spicy. Jadi anda perlu campur sahaja dan goncang serta nikmat kerangupan kentang goreng KFC.

Mungkin menu baru ini boleh diganti terus kepada Hot & Spicy yang sekarang. Jadi rasanya lebih pedas dan sedap kaw-kaw nanti.

Leave a Comment