Review Menu Baru Tealive Bersama KitKat

Setiap bulan pastinya Tealive tidak terlepas untuk perkenalkan menu baru mereka dan kali ini mereka ada keluarkan satu lagu minuman exclusive terbaru untuk waktu terhad iaitu Coco Wafer Smoothie bersama KitKat.

Menu Tealive X KitKat ini telah diperkenalkan pada hujung Ramadan yang lalu atau sekitar hujung April yang lalu. Jadi ketika itu, pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa atau mungkin moreh bersama Tealive.

Setiap menu baru yang diperkenalkan pastinya ada variasi yang diperkenalkan dan untuk Coco Wafer Smoothie bersama KitKat kali ini mengandungi 2 variasi iaitu Signature Kitkat Smoothie dan Berry Kitkat Smoothie.

Review Tealive Coco Wafer Smoothie Bersama KitKat

Jadi baru-baru ini, kami berkesempatan untuk mencuba salah satu menu terbaru Tealive ini iaitu Signature Smoothie. Untuk pengetahuan, tawaran harga bagi setiap menu terbaru ini ialah :

  • Signature Kitkat Smoothie – RM12.90
  • Berry KitKat Smoothie – RM11.90
tealive kitkat

Kedua-dua menu ini diperbuat daripada taburan kitkat tetapi yang membezakan adalah campuran buah berry yang ada pada Berry KitKat Smoothie sahaja.

Untuk menu Signature Smoothie ianya adalah rasa air coklat dah dihidangkan dengan taburan KitKat pada dalam minuman tersebut. Jadi setiap sedutan, pastinya anda akan nikmat air bersama KitKat.

Dapatkan buacer Tealive lebih diskaun ketika pembelian - DISINI

Bagi kami, rasa air tidak terlalu manis, just nice, tetapi taburan KitKat dalam air minuman tersebut macam tak rasa kepingan KitKat yang biasa kita makan. Selain itu, kalau kerap sedut air minuman sahaja, lama-lama akan tinggal keladak KitKat sahaja. Macam kurang umphh pula.

Secara keseluruhan, bagi kami minuman terbaru Tealive Coco Wafer Smoothie dengan variasi Signature KitKat ini biasa-biasa sahaja. Disebabkan dengan harga sehingga dua belas ringgit, mungkin kami tak repeat dah.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web Tealive di www.tealive.com.my

Leave a Comment