Review Penginapan Di Greystone Haus Swiss Garden Residence Bukit Bintang

Kali ini saya kongsikan pengalaman sendiri bermalam dan menginap di sebuah apartment tengah Bukit Bintang iaitu Greystone Haus Swiss Garden Residence Kuala Lumpur.

Saya menginap disini selepas buat pencarian last minute untuk stay di kawasan berhampiran Bukit Bintang. Ianya dipilih bukan semata-mata kerana apartment atau hotel tetapi ianya adalah paling murah yang ditawarkan ketika itu.

Hotel/Apartment : Greystone Haus Swiss Garden Residence
Tempoh : 2 Hari, 1 Malam
Jenis Penginapan : Deluxe Suit
Harga : RM245

Review Greystone Haus Swiss Garden Residence Bukit Bintang

Harga & Cara Booking

Untuk harga pastinya berubah-ubah mengikut waktu anda tempah serta platform mana yang anda gunakan. Macam saya lebih suka untuk booking menggunakan Agoda.com. Pengalaman sendiri, ianya pasti menawarkan harga yang paling rendah sama ada tempah hotel atau apartment.

Pada kali ini, saya tempah sehari sebelum saya menginap dan dapat harga RM245 termasuk caj dan cukai semula. Agak berbaloi sebenarnya. Jadi jika berminat, anda boleh tempah dengan link disediakan dibawah.

Check-In

Jika menginap di apartment, anda kena ingat proses check-in pastinya berbeza dengan hotel. Kerana ianya diuruskan oleh ejen atau third party dan rumah-rumah tersebut ada pemilik. Jadi kebiasaanya akan melalui proses secara manual.

Bagi Swiss Garden Residence ini adalah paling best berbanding residence lain yang pernah saya menginap. Selalunya kita akan jumpa sendiri dengan ejen untuk check-in yang mana mereka tunggu di lobby atau kita ambil kunci di post-box mengikut tatacara yang diberitahu. Paling awal check in adalah pukul 3.00 petang.

Tetapi di residence ini semua tu tak perlu. Anda hanya perlu maklumkan bila masa anda akan sampai ke destinasi dan pihak pengurusan akan terus whatsapp satu Kod QR untuk anda gunakan sepanjang masa berada di kawasan penginapan.

Disebabkan pintu rumah sudah menggunakan password, pihak pengurusan juga akan hantar kod untuk anda buka pintu. Jadi tiada lagi kunci fizikal atau apa-apa kad fizikal yang digunakan di sini.

Ini juga kali pertama bermalam di apartment kena bayar parking berharga RM12.00 untuk tempoh 24 jam. Boleh parking di tingkat 3 hingga 6 sahaja. Perkara ini septutnya perlu dimaklumkan oleh pihak pengurusan.

Bilik & Apartment

Jika dilihat dalam Agoda.com, saya pilih Deluxe Suit yang mana disediakan satu katil king dan satu katil single. Tetapi sebenarnya yang kami dapat adalah 1 katil king dan 1 katil queen. Terbaik!

Seluruh apartment tersebut ada ruang tamu, ada 1 bilik, ada kawasan dapur, ada 1 tandas, ada 1 bilik almari baju dan 1 kawasan yang disediakan katil queen tersebut. Untuk 4 orang, bagi saya cukup luas.

Untuk alatan, ada 1 aircond di ruang tamu dan 1 aircond di bilik. Ada 1 sofa 3-seater serta TV bersaiz 32-inci rasanya, tapi best ada Netflix. Wifi disediakan bersama password, tapi tak jumpa pula username dia. Tapi takpa, tak guna pun. Juga ada meja komputer bersama kerusi

Dapur cukup segala perkara asas seperti tempata memasak, peti ais, microwave, water heater, singki, pinggan mangkuk, sudu dan sebagainya. Ada juga meja makan cukup untuk 2 orang sahaja. Kecil sahaja.

Tandas luas. Tiada tub mandi, tapi kawasan shower sedikit kebawah seolah-olah jadi kawasan takungan air. Boleh kumpul air dan jadi kolam. Not bad. Selain itu mangkuk tandas moden sebab bidek keluar daripada dalam mangkuk. Susah betul. Singki nice, cermin besar. Disediakan sabun mandi, shampoo dan sabun basuh tangan.

greystone haus swiss garden residence

Kemudahan

Pada bahagian lobby residence ini ada vandin machine kopi dan juga kedai runcit. Anda perlu imbas kod qr kalau nak naik dari tingkat 7 dan ke atas. Tingkat 1-6 tidak perlu. Ada kolam mandi di tingkat 6 bersama gym dan kedai makan ringan.

Kolam cukup besar yang mana tersedia untuk dewasa dan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, view pun cantik sebab berhadapan dengan bangunan kedua tertinggi di dunia, TRX. Tapi sebab tingkat 6, tak la cantik sangat. Kalau buat kolam tingkat paling atas mesti lagi best.

Untuk gym juga agak luas. Banyak perkakas bersenam disediakan. Nampak mewah dan juga disediakan aircond. Untuk yang nak bersenam joggin seperti menggunakan traidmill, ada disediakan.

Check-Out

Proses check-out juga mudah, sebab dah tak guna kunci. Anda hanya perlu maklumkan sahaja kepada pihak pengurusan waktu bila anda keluar. Diberitahu check out adalah pada pukul 11.00 pagi. Tapi terlajak sikit sampai pukul 12.00 tengah hari should be no problem. Tapi kalau nak lebih sikit, cuba la slow talk. Jangan menipu ya guys.

Dah maklumkan, kemudian anda boleh keluar terus seperti biasa. Tiada apa-apa proses check-out yang lain diperlukan. Anda hanya perlu maklumkan untuk proses refund deposit sahaja.

Ulasan

Secara keseluruhan, sebenarnya Greystone Haus Swiss Garden Residence ni best tetapi ada la beberapa perkara tak best, antaranya :

  • Parking kereta kena bayar sebanyak RM12.00. Pihak pengurusan kena maklumkan sepatutnya
  • Nak pergi ke Lalaport Bukit Bintang, kawasan berjalan dia macam tak mesra pejalan kaki
  • Mangkus tandas macam ada kesan simen, jadi nampak kotor
  • Tiada paip bidek di tandas

Tapi pendapat peribadi, apartment ni boleh repeat lagi pada masa akan datang kalau harga yang ditawarkan masih berpatutan. Benda-benda yang tak menarik tu sebenarnya tidaklah keterlaluan pun. Boleh pejam mata.

Rating Greystone Haus Swiss Garden Residence – 4/5

Leave a Comment