Roti Canai Ular Kini Tular Di Kota Bharu

Dalam beberapa hari yang lepas, terdapat satu makanan yang tengah viral iaitu Roti Canai Ular yang disediakan di sebuah Kota Bharu, Kelantan.

Sekarang pelbagai cara untuk menjadikan sesebuah perkara itu tular terutamanya di media sosial. Kadang kes tular ini bukan terhad kepada sesebuah tempat sahaja malahan boleh melibatkan makanan. Dan inilah yang berlaku kini di Kelantan.

Roti canai antara makan popular bagi rakyat Malaysia terutamanya dimana pada sarapan pagi. Kita biasa lihat, roti canai ditebar di canai dan di masak di atas tempat masak yang biasanya roti canai itu berbentuk bulat atau petak. Kali ini, penabar roti ini menyediakan dalam bentuk yang unik iaitu dalam bentuk ular.

Roti Canai Ular Kini Viral

roti canai ular

Inilah yang dilakukan oleh seorang penebar roti Che Harun Ali apabila dia menyediakan roti canai dalam bentuk ular. Beliau telah menebar roti canai sejak 30 tahun yang lepas di kawasan Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan belakang KB Mall.

BACA : 24 Tempat Makan Menarik Di Kelantan. Sesuai Untuk Food Hunting

Menurut laporan astroawani, beliau mula membentuk roti canai dalam bentuk ular apabila beliau ternampak seekor ular ketika menebar roti. Sejak daripada itu, beliau mula menyediakan roti canai ular kepada pelanggannya yang datang atas permintaan. Selain itu, pelbagai perisan tambahan disediakan seperti milo, nestum, keju dan susu serta dijual bermula RM1.20 hingga RM3.

Tapi kalau anda rasa tidak selesa atau geli dengan bentuk tersebut, roti canai petak masih disediakan seperti biasa. Lagi satu, mufti dah cakap, makan roti canai ular ni tak haram pun. Hanya sekadar bentuk sahaja.

1 thought on “Roti Canai Ular Kini Tular Di Kota Bharu”

Leave a Comment