Roti Gardenia Ada Keluarkan Perisa Baru: Black Forest Dan Karamel Masin

Dunia media sosial digempakan sekali lagi dengan produk terbaru daripada Gardenia dan kali ini melalui roti Quick Bites versi Gold berperisa Black Forest (dengan kismis) dan juga Karamel Masing.

Kalau sebelum ini, kita heboh apabila Gardenia keluarkan roti buku Pandan Coconut. Jadi orang ramai mula serbu kedai-kedai, mini market, supermarket untuk dapatkan roti tersebut dan merasai sendiri. Jika anda belum rasa, anda boleh juga dapatkan di Shopee dengan harga RM5.80

Kini mereka kembali sekali lagi tetapi dengan produk lain iaitu dengan roti ban. Biasa kita lihat roti ban ini berperisa coklat, vanila dan jagung. Tetapi kali ini sedikit berlainan apabila diperkenalkan perisan black forest dan karamel masin.

Gardenia Black Forest (Dengan Kismis)

Untuk pengetahuan, walaupun saiz yang ditawarkan sama sahaja seperti roti ban perisa lain tetapi harganya sedikit mahal. Anda boleh dapatkan dengan harga RM1.50 seunit di semananjung Malaysia. Boleh dapatkan di kedai-kedai, mini market atau mana-mana supermarket. Anda juga boleh beli di Shopee.

Warna rotinya pun lain. Ianya berwarna hitam coklat dengan inti blueberry dan kismis. Untuk rasa sama sahaja seperti perisa black forest diluar sana. Tapi ianya ditambah dengan kismis dalam roti tersebut. Sedap juga sebenarnya.

black forest

Gardenia Karamel Masin

Untuk perisa Karamel Masin juga menawarkan dengan harga yang sama seperti Black Forest iaitu RM1.50 seunit dan boleh dapatkan di kedai-kedai sekitar rumah anda. Selain itu, boleh juga dapatkan di Shopee.

Warnanya roti juga hitam coklat dengan isi karamel di dalamnya. Ada rasa masin karamel tetapi tidak terlalu kuat. Kadang ada rasa masin, kadang tiada.

karamel masin

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasainya. Kongsi dengan kawan-kawan yang lain juga.

Leave a Comment