Royal Brunei Airlines Memperkenalkan ‘Terbang Tanpa Tujuan’

Disebabakan kesan pandemik COVID-19 terhadap industri penerbangan, Royal Brunei Airlines memperkenalkan ‘Terbang Tanpa Tujuan’ atau khusus bagi rakyat Brunei dan mereka yang menetap di Brunei.

Menurut asianone, Royal Brunei Airlines (RB) memperkenalkan ‘Dine & Fly’ dengan membawa 99 penumpang ketika pelancaran pada pertengahan Ogos yang lepas. Meresai dapat kembali merasai ‘vibe’ check-in di lapangan terbang sekali gus terbang ke udara dan menikmati pemandangan daripada awan biru beserta layanan daripada barisan peramugari dan peramugara.

penerbangan tanpa tujuan

Penerbangan ini dipanggil ‘fly nowhere’ dimana tiada destinasi. Anda terbang dan mendarat di lapangan terbang yang sama. Hanya dapat merasai pengalaman naik kapal terbang sahaja.

Dine & Fly Melalui Royal Brunei Airlines

Brunei ketika ini masih lagi menutup sempadan antarabangsa daripada pelancong masuk dan juga rakyat Brunei sendiri melancong ke luar negara kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.

terbang tanpa tujuan

Sama juga seperti Malaysia, jadi rakyat Brunei hanya bercuti di dalam negara tanpa dibenarkan untuk ke luar negara.

BACA : Yeah! Pelancongan Domestik Dibenarkan Sepanjang PKPP

Jadi melalui program ‘Makan & Terbang’ yang diperkenalkan oleh pihak RB ini, penumpang akan merasai terbang selama 85 minit dimana penerbangan akan melalui Brunei sendiri dan kemudian melalui kepulauan Borneo dan pastinya dapat nikmati pemandangan yang menarik daripada atas dan akhirnya kembali kepada Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei.

“Terbang Tanpa Tujuan”

Semasa penerbangan, anda akan disajikan dengan menu masakan Brunei sendiri iaitu Nasi Lemak bersama Ayam Goreng atau Ayam Masak Kunyi Kedayan bersama nasi. Kemudian akan diberi pencuci mulut Gula Sago Melaka atau buah-buahan.

penerbangan tanpa tujuan

Melalui perkongsian vlogger Willy Kong di vice, anda boleh buat tempahan jika ianya dibuka seperti yang diiklankan menerusi Instagram Royal Brunei dengan harga 149 Brunei Dollar (~RM451) untuk Kelas Eknomi dan 199 Brunei Dollar (~RM602) untuk Kelas Bisnes.

Leave a Comment