Sejarah ringkas Legoland Malaysia yang pertama di Asia

Sejarah telah tercipta sejak Legoland Malaysia telah bertapak di negara kita yang juga pertama di benua Asia sekali gus menjadikan antara destinasi utama bagi penggemar taman tema.

Bukan itu sahaja, taman tema Legoland Malaysia turut dinobatkan sebagai “First International Park” di Malaysia. Ini pastinya menaikkan lagi nama Malaysia dipersada antarabangsa.

Sejarah LEGOLAND Malaysia

senarai taman tema air

Berita kedatangan Legoland Malaysia di Johor sebelum ini telah mendapat sambutan hangat sejak upacara pecah tanah pada tahun 2009. Buktinya, dalam 3 bulan terakhir sebelum pembukaannya, jualan pas tahunan telah meningkat kepada lebih 45,000 melompat sebanyak 10,000 sekitar tahun 2012 yang lalu.

BACA : Jom Pergi Legoland Malaysia Dengan Promosi Beli 1 Percuma 1

Pas tahunan ini telah berjaya dijual di Malaysia, Singapura dan di seluruh rantau Asia sejak pelancarannya pada Disember 2011.

Taman tema kelas pertama ini menjanjikan keriangan buat semua pengunjung tidak kira usia. Ia kini mula dibuka secara rasmi pada 15 September 2012. Buat kanak-kanak, lawatan ke Legoland bermaksud memenuhi impian mereka.

Anda boleh dapatkan barangan atau merchandise Legoland menerusi LEGOLAND Malaysia Resort Official Shopee atau pembelian tiket diskaun 50% juga di halama Shopee

Sejarah pembukaan LEGOLAND

legoland malaysia

LEGOLAND pertama yang telah dibuka pada tahun 1968 di Billund, Denmark. ini diikuti oleh pembukaan taman tema Windsor (UK) dan Carlsbad (California) pada tahun 1996 dan 1999. Kemudian pada tahun 2002, LEGOLAND Deutschland pula menjadi LEGOLAND yang keempat.

Sejak tahun 2005, 4 taman LEGOLAND ini dimiliki oleh Merlin Entertainments Group yang berpangkalan di Britain. Selain LEGOLAND, kumpulan ini turut mengendalikan Sea Life, Dungeons dan Bumi Explorer.

legoland malaysia

Pada 2011, LEGOLAND Florida telah dibuka dan seterusnya pada tahun 2012, LEGOLAND keenam iaitu pertama di Asia kini berada di Johor, Malaysia.

Leave a Comment