Sektor Pelancongan Akan Dibuka Pada 16 September Ini Bermula Dengan Pulau Langkawi

Semalam, 2 September YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sektor pelancongan akan dibuka bermula 16 September 2021 bermula dengan Pulau Langkawi.

Destinasi tersebut dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kepada pelancong di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

BACA : Langkawi Catat Rekod Menerima 1000 Tempahan Hotel Sejam Selepas PKPP Diumumkan

Melalui keputusan Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 juga bersetuju untuk membuka beberapa destinasi lain apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%.

sektor pelancongan akan dibuka pulau langkawi

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri tersebut.

Menteri YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri berkata pengumuman ini merupakan satu berita gembira buat Keluarga Malaysia serta dapat memberikan kelegaan dan sinar terutamanya bagi penggiat industri pelancongan.

Oleh itu, MOTAC telah pun menyediakan SOP khusus bagi setiap aktiviti-aktiviti utama yang akan berlangsung terutamanya di Pulau Langkawi antaranya adalah :

  • Bagi penginapan di hotel dan homestar
  • Aktiviti pantai seperti sukan air, snorkeling, selam skuba dan banyak lagi
  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, cycling)
  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving)
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan
  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga

Jadi bagi yang telah lengkap vaksinasi, inilah masanya untuk anda bercuti semula di Pulau Langkawi.

Senarai Hotel Yang Terbaik Di Pulau Langkawi

Dalam pada itu, kini anda juga boleh mula buat tempahan hotel dengan harga berpatutan menerusi menerusi aplikasi Shopee dibawah program Jom Cuti-Cuti Malaysia

Lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan diskaun RM100 bagi setiap hotel yang ditempah. Yang penting kena tebus baucer dulu yang diberi.

Penginapan – Hotel

Jika di Langkawi, anda boleh pilih penginapan hotel terutamanya mengikut kualiti hotel tersebut sama ada 3, 4 atau 5 bintang.

Jadi antara hotel yang anda boleh menginap sepanjang di Pulau Langkawi seperti :

  • Resort World Langkawi [Shopee]
  • Asenia Resort & Spa [Shopee]
  • Berjaya Langkawi Resort [Shopee]
  • Bayview Hotel Langkawi [Shopee]
  • The Smith House Langkawi [Shopee]
  • Eagle bay Hotel Langkawi [Shopee]
  • Pelangi Beach Resort & Spa [Shopee]

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi yang terawal travel dan bercuti di Pulau Langkawi ketika ianya dibuka kelak. Yang penting patuhi SOP yang ditetapkan.

Leave a Comment