Semak Sejauh Mana Anda Boleh Pergi Dalam 10 km Radius Sepanjang PKP 2.0 Menggunakan Website Ini

Dengan menggunakan website ini, anda boleh semak dan dapat tahu sejauh mana anda boleh pergi dalam 10 km radius sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)

PKP 2.0 telah pun bermula sejak 13 Januari yang lepas berikutan kes peningkatan COVID-19 di beberapa buah negeri. Tetapi melalui pengumuman terbaru daripada Menteri Kanan Keselamatan, bermula 22 Januari 2021, seluruh negara akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak (sebahagian masih PKPP).

BACA : PKP Di Semua Negeri Bermula Jumaat Kecuali Negeri Sarawak

Jadi sepanjang tempoh ini, penduduk setempat tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan juga rentas daerah tanpa mengemukakan borang permit rentas daerah/negeri kepada pihak polis.

Selain itu juga, anda juga tidak dibenarkan untuk bergerak lebih daripada 10 km radius daripada kediaman anda untuk membeli barangan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Tapi anda tahu ke berapa jauh jarak 10 km dari rumah anda tersebut?

Berapa Jauh Jarak 10 Km Radius Dari Kediaman Anda?

Jika langgar arahan SOP, anda mungkin boleh dikenakan kompaun maksimum RM1000. Jadi oleh itu, anda perlu tahu berapa jauh anda boleh pergi.

Sebuah website ini ada menyediakan fungsi tersebut dimana anda boleh tahu sejauh mana anda boleh pergi dalam 10 Km radius bermula dari titik anda berada. Jom tengok cara-cara menggunakannnya

Cara Gunakan Webiste 2kmfromhome

Untuk menggunakannya, anda boleh layari website 2kmfromhome di https://2kmfromhome.com/ kemudian anda boleh search alamat rumah anda atau anda bawa sahaja pin tersebut dimana anda berada.

Selepas itu, akan dipaparkan lokasi anda berada berdasarkan alamat yang telah anda masukkan. Kemudian terdapat bulatan merah besar yang mana kawasan selamat untuk anda bergerak sepanjang tempoh PKP 2.0 ini (10 km radius).

Jangan lupa untuk tukar km radius pada bahagian atas kepada 10 km

pkp 2.0 10 km radius

Jadi diharapkan kepada semua orang, jika tiada urusan di luar, duduk sahajalah di rumah. Jika perlu untuk keluar, pastikan ikuti segala SOP yang telah ditetapkan. Perang melawan COVID-19 masih belum selesai.

Leave a Comment