Kerajaan Mungkin Akan Buka Sempadan Malaysia Kepada Negera-Negara Ini Dahulu

Kerajaan mungkin akan membuka sempadan Malaysia kepada negera-negara luar yang berada di dalam ‘zon hijau’ terlebih dahulu. Ini berikutan kes COVID-19 yang semakin menunjukkan perkembangan yang baik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, negara-negara yang dibenarkan itu adalah Singapure, Brunai, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan. Jadi mungkin ini antara negara yang boleh lepasi sempada negara kelak seperti yang dilaporkan The Star.

BACA : 20 Restoren Makanan Halal Di Jepun

Ketika ini, ianya masih peringkat perbincangan antara negara-negara ini berkaitan SOP yang perlu diikuti. Adakah mereka yang datang perlu kuarantin wajib seperti mana-mana rakyat Malaysia yang pulang ke negara ini?

sempadan malaysia

Kata putus perlu dibuat berkaitan negara-negara bagi membenarkan aktiviti perniagaan, pembelajaran atau pelancongan untuk datang ke Malaysia. Setakat ini ianya masih diperingkat awal, kata Dr Noor Hisham.

Sempadan Malaysia Masih Ditutup

Setakat ini, sempadan negara masih ditutup tetapi hanya membenarkan duta negara dan pada mereka yang terlibat dengan program My Second home untuk masuk ke negara dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Pada pendapat anda, adakah anda setujua dengan penerimaan pelacong datang ke negera ini dikala pandemik COVID-19 masih lagi dilaporkan di Malaysia dan di negara-negara tersebut? Lontarkan komen anda dibawah

Leave a Comment