Dah penat Work From Home? Apa kata lepas ni cuba pula Work From Hotel. Memberikan kelanan dengan suasana hotel yang selesa.
Work From Home (WFH) sudah mula sejak Mac 2020 apabila pandemik COVID-19 menyerang Malaysia sekali gus Kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan sebab itulah, ramai pekerja yang tidak dibenarkan keluar rumah terpaksa bekerja dari rumah.
Walaupun arahan PKP sudah ditamatkan dan kembali kerja seperti biasa di pejabat. Tetapi kini ada beberapa negeri yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan masih mengalakkan para pekerja untuk ‘Work From Home’.
Jadi mungkin anda sudah lama bekerja dari rumah dan mahukan kelainan sedikit. Sebenarnya ada beberapa hotel yang menyediakan ruang untuk para pekerja untuk Work From Hotel. Ini bermakna, mereka boleh datang dan bekerja di hotel dengan bayaran sewa harian.
Jadi nak tengok hotel mana yang menyediakan servis Work From Hotel ini? Ini disenaraikan hotel mengikut lokasi yang berdekatan dengan anda.
Senarai Hotel Sediakan Servis Work From Hotel
Mungkin ada hotel yang menyediakan bilik dan ada juga hanya sediakan diruangan lobby sahaja untuk bekerja. Anda boleh dapatkan info lanjut daripada pihak hotel tersebut dengan info yang kami sediakan.
BACA : Langkawi Catat Rekod Menerima 1000 Tempahan Hotel Sejam Selepas PKPP Diumumkan
Kuala Lumpur
1The Chow Kit Hotel, Kuala Lumpur
Dengan harga serendah RM30 sehari (9-7 malam), anda boleh dapatkan coffee percuma, ruang kerja dibahagian, 30% diskaun F&B, 30% diskaun bilik hotel dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh terus walk-in atau hubungi pihak The Chow Kit Hotel.
2Impiana KLCC, Kuala Lumpur


Nikmati pengalaman berbeza di Impian KLCC, Kuala Lumpur. Harga serendah RM28 iaitu bermula 10 pagi hingga 4 petang. Anda dapat coffee/tea, free parking, WiFi, printing, meal kredit RM14, bahan asas penulisan dan sebagainya. Anda boleh buat tempahan dengan hubungi +6012 487 3206 atau +6012 528 3206
3Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Shangri-La Hotel sediakan pakej sekali dengan bilik hotel dan bukannya di lobby iaitu bermula serendah RM190 sehari. Ada pakej Executive Room, Horizon Club Room atau Executive Suite bermula 8 pagi hingga 8 malam. Selain itu anda dapat juga akses Health Club & Spa, parkir, 20% diskaun makanan dan pelbagai lagi.
Anda boleh buat tempahan di nombor +603 2032 2388 atau emel reservations.slkl@shangri-la.com
4The Ruma Hotel & Residence


Denga harga bermula RM288 untuk sehari (9-6 petang) penggunaan atau RM1300 untuk pakej 5 hari. Anda boleh Work From Hotel di The Ruma Hotel & Residence. Anda dapat WiFi yang laju, minibar, 25% diskaun makanan, sambungan HDMI untuk video conference, parkir dan banyak lagi. Untuk tempahan hubungi 03 2778 0888 atau emel di reservations@theruma.com.
5Vivatel Hotel, Kuala Lumpur


Dengan harga serendah RM38, anda boleh bekerja dari hotel bermula 9 pagi hingga 9 malam di kawasan Retro Cafe. Anda juga akan dapat set makan tengah hari, coffee/tea, makanan, WiFi dan parking percuma. Jika berminat, boleh terus hubungi 03 9205 8888 atau Whatsapp di talian 010 525 4323
Putrajaya
6Pulse Grande Hotel, Putrajaya


Orang sekitar Putrajaya, boleh cuba pakej yang disediakan di Pulse Grande Hotel. Dengan harga RM35 bermula 8 pagi hingga 8 malam. Antara pakej yang disediakan adalah kopi dan teh percuma, WiFi, parkir percuma, penggunakan hotel lobby, diskaun sehingga 25% bagi menu makanan dan pelbagai lagi. Hubungi pihak hotel untuk maklumat lanjut di 03 8887 8888 atau emel di enquiry.pgp1@pulsegrande.com.my
Sarawak
7Grand Margherita Hotel Kuching


Jika anda di Sarawak, anda boleh cuba pakej Work From Hotel di Grand Hotel Margherita serendah RM30. Anda akan dapat free flow of beverage, internet WiFi, RM10 kredit makanan, hotel parking dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman sesawang http://insidersclub.com.my/deals atau hubungi +6082532111
Melaka
8Hatten Hotel, Melaka
Orang Melaka pun ada jangan risau. Anda boleh cuba pakej yang disediakan di Hatten Hotel bermula RM68 sehari. Disediakan tempat yang selesa, sambungan WiFi, makan tengah hari percuma, minuman, kopi, teh dan sebagainya. Dapat bermalam untuk 1 bilik dengan tambahan RM150 sahaja. Jika berminat, boleh buat tempahan melalui emel sales@hattenhotel.com
Selangor
9Hotel De ART, Shah Alam


Dengan harga bermula RM68, anda boleh work from hotel bermula 9 pagi hingga 5 petang. Anda akan disediakan dengan parking percuma, WiFi, Cofee atau tea, cetakan percuma dan anda akan dapat bilik khas tau. Maklumat lanjut klik sini. Untuk tempahan boleh terus hubungi 603 55180975 | +603 58805588 | +603 58887090 | +603 58887890 atau emel di reservations@hoteldeart.com.my
10New World Petaling Jaya Hotel


rang Petaling Jaya boleh cuba di New World Hotel dengan harga RM160 bermula 8 pagi hingga 6 petang. Antara fasiliti yang disediakan seperti WiFi, Lunch, Coffee/tea, parking, gym dan pakej diskaun khas untuk anda. Untuk tempahan, anda boleh hubungi 03-76820000 atau emel di reservations.petalingjaya@newworldhotels.com
11De Palma Group of Hotels & Resort


Bermula jam 9 pagi, anda boleh Work From Hotel disini serendah RM35 sahaja. Anda dapat snek, parkir, kopi atau teh dan WiFi percuma. Untuk tempahan boleh hubungi :
- DE PALMA HOTEL SHAH ALAM, Tel: 03-5542 8080 Ext: 8512. Whatsapp number ww.wasap.my/60173977235/WFHpackage
- DE PALMA HOTEL AMPANG, Tel: 03-4270 7070
- DE PALMA RESORT KUALA SELANGOR, Tel: 03-3289 7070 | Email: info@depalmahotel.com
12One World Hotel Petaling Jaya


Di One World anda diberi pilihan untuk bekerja di bilik hotel atau hotel lounge dengan harga RM190 dan RM59 masing-masing. Anda akan dapat WiFi percuma, kopi/teh percuma, parkir, akses gym dan banyak lagi.
Untuk tempahan pakej bilik boleh hubungi 603-7681 1118 atau emel di reservations@oneworldhotel.com.my. Untuk pakej Lounge boleh hubungi 603-7681 1158 atau emel di thesphere@oneworldhotel.com.my
Johor
13Pulai Springs Resort, Johor Bahru


Dengan harga serendah RM85, anda boleh dapatkan bilik sendiri bagi urusan pekerjaan untuk Work From Hotel. Tapi kalau nak murah sikit, boleh pilih bilik kongsi iaitu dengan harga RM55. Seperti biasa, anda dapat WiFi percuma, makan tengah hari dan percuma printing dan photostate tau. Jika berminat, anda boleh buat tempahan di talian 07 5212121 atau emel di enquiry@pulaispirings.com
14Holiday Inn Johor Bahru City Centre


Selain itu, anda boleh cuba di Holiday Inn JB untuk work from hotel iaitu serendah RM35 seorang. Anda dapat coffee & tea, makan tengah hari dan juga WiFi percuma. Untuk tempahan, boleh hubungi 07-2078888 atau whatsapp di 011-10368163
15Hotel Granada Johor Bahru


Lagi pilihan yang ada di Johor Bahru iaitu di Hotel Grana. Dengan harga serendah RM30 bermula 9 pagi hingga 7 malam. Jangan risau, pilihan coffee dan tea juga diberi sepanjang anda bekerja disana. Untuk tempahan boleh hubungi Puan Zanariah di talian 012-772 7534
16Mutiara Johor Bahru


Di Hotel Mutiara Johor Bahru, anda diberikan ruang untuk bekerja, makan tengah hari, parking, coffee/tea/air minuman dan WiFi percuma. Semua ini dengan harga RM35 sahaja. Untuk tempahan, hubungi 07-3300300 atau emel di saljb@mutiarahotels.com
17Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru


Jika anda sudah bosan WFH di rumah sepanjangn PKPB ini, Fraser Place Puteri Harbour ada sediakan pakej Work From Hotel dengan harga RM38 sahaja. Anda dapat ruangan yang menarik iaitu di tingkat 17 tau. Ada view lagi. Untuk tempahan boleh hubungi 07-5308837 atau 013-7786821. Boleh juga emel di swatches.fpph@frasershospitality.com
18Lotus Desaru Beach Resort & Spa


Selain di hotel, Lotus Desaru Beach Resort & Spa menyediakan pakej Work At Beach tau dengan harga RM38 sahaja. Disana anda dapat kawasan khas di pantai, ada WiFi jangan risau dan juga diberi baucer makan. Untuk tempahan hubungi 07-8842800 atau emel di rsvn@lotusdesaru.com
19Pinetree Marina Resort


Di Pinetree Marina Resort, mereka menyediakan bilik hotel untuk bekerja dengan harga serendah RM299 untuk 4 orang. Disediakan juga breakfast, makan tengah hari dan minum petang. Untuk tempahan boleh emel di enquiries@pinetreemarinaresort.com atau hubungi 07-266 8288. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.pinetreemarinaresort.com
Pahang
20Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan
Orang sekitar Kuantan, jika nak dapatkan suasana berbeza, boleh datang di Grand Darul Makmur Hotel. Harga bermula RM99 sehari untuk seorang bermula 9 pagi hingga 5 petang. Dapat WiFi, free flow coffee & tea, parkir, 20% diskaun room servis, diskaun RM50 untuk bermalam dan banyak lagi. Untuk tempahan, boleh hubungi di talian 09 511 8888
Menarik. Boleh cuba ni. Duduk rumah pun bosan juga, boleh cuba cara kerja dekat hotel