Tawaran Hotel Cuti-Cuti Malaysia Kini Di Shopee

Nampaknya promosi Cuti-Cuti Malaysia lebih mudah didapatkan selepas ini. Ini kerana kini ianya ada di Shopee. Apa je yang takda kat Shopee ni? Semua benda ada.

Kempen Cuti-Cuti Malaysia kini sedang dipromosikan berikutan sempadan negara tidak lagi dibuka kerana kes pandemik yang kini melanda Malaysia dan dunia. Jadi kita tidak dibenarkan untuk bercuti ke luar negara.

BACA : 9 Destinasi Pantai Menarik Yang Anda Boleh Bercuti Di Malaysia

Apa nak risau, negara kita juga banyak tempat menarik untuk dilawati, banyak tempat penginapan bertaraf dunia yang ada di negara kita. Oleh itu, kempen Cuti-Cuti Malaysia ini kita perlu sahut bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara.

cuti-cuti malaysia

Nampaknya kini lebih mudah. Ini kerana segala pakej percutian cuti-cuti Malaysia kini ada di Shopee. Sebuah platform e-dagang terbesar negara yang anda boleh dapatkan pelbagai barangan di dalamnya. Tapi sekarang pakej penginapan pun dah ada di Shopee ni.

Pakej Penginapan Cuti-Cuti Malaysia Kini Disediakan Di Shopee

Mungkin anda pernah dengar Agoda, Traveloka yang menyediakan pakej hotel, resort dan pelbagai lagi pakej penginapan. Sama juga yang disediakan di Shopee ni. Mungkin perkhidmatan Agoda tak ramai pandai guna, tapi Shopee ni semua lapisan umur pun kini pandai berbelanja tau. Kini lebih mudah.

Melalui Shopee Jom Cuti-Cuti Malaysia, mereka menyediakan tawaran pakej hotel dengan potongan sehingga 77% tau. Jadi disini, anda boleh pilih mana-mana destinasi mengikut percutian anda dan pilih hotel kegemaran anda untuk bermalam.

Destinasi hotel dari Perlis turun ke Johor dan dari Sarawak sehingga Sabah dan Labuan tau. Semua disediakan tawaran hotel mengikut saiz bajet anda.

Kemudian diasing mengikut kategori bintang hotel tersebut, 3-bintang ke bawah atau 4-5 bintang. Jadi jika anda ingin cari tawaran hotel dinegeri percutian anda, boleh dapatkan di Shopee Jom Cuti-Cuti Malaysia.

Jangan lupa untuk tebus baucer yang disediakan, ada sehingga diskaun RM50 tau. Banyak tu. Rugi lah kalau tak grab laju-laju kan.

1 thought on “Tawaran Hotel Cuti-Cuti Malaysia Kini Di Shopee”

Leave a Comment