Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Kota Tinggi, Johor

Bercadang untuk bercuti di dalam Malaysia, apa kata anda tengok sini apa yang menarik di Kota Tinggi, Johor.

Sekarang ni kita hanya dibenarkan cuti-cuti Malaysia je kan. Jadi ambil kesempatan untuk jelajar ke seluruh negara.

Jadi antara tempat yang anda boleh singgah dah bercuti adalah di Kota Tinggi, Johor. Tempat yang kaya dengan sejarah lama dan panorama memukau yang bakal menzahirkan momen dan detik indah sepanjang berada disini.

Apa Yang Menarik Di Kota Tinggi?

Banyak tempat anda boleh lawati untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan bila datang sini. Jika anda tiada idea, anda boleh lihat senarai cadangan tempat menarik ini.

Kota Tinggi Firefly Park

menarik di kota tinggi

Nikmati pesona kelip-kelip. Menjadi lokasi kegemaran ramai untuk menikmati keindahan cahaya semula jadi yang dihasilkan kelip-kelip pada waktu malam. Anda bakal menaiki bot dengan persekitaran paya bakau bermula jam 7 malam dengan jangka masa kira-kira 45 minit. Pemandangannya pasti akan memukau sesiapa sahaja yang melihat. Lokasi berada di Jalan Jemaluang

Aktiviti Glamping : Kanopi Tribes

menarik di kota tinggi

Cuba sesuatu yang baru di sini (Jalan Lombong) bertemankan keindahan flora dan fauna tempatan. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mendaki gunung, berkayak, berbasikal, menaiki ATV dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman glamping iaitu aktiviti perkhemahan yang lebih selesa disini.

Ladang Buaya Teluk Sengat

menarik di kota tinggi

Menempat lebih daripada 1000 buaya yang menjadi daya penarik peminat hidupan reptilian ini. Buaya disini adalah spesies buaya air masin. Selain dapat melihat dengan mata sendiri aksi buaya, pengunjung juga boleh ketahui lanjut fakta menarik mengenaii haiwan berkenaan. Lokasi berada di Teluk Sengat.

Kota Rainforest Resort

menarik di kota tinggi

Penginapan cadangan adalah di Kota Rainforest Resort. Ianya merupakan tempat penginapan ala tradisional yang menangkap pesona keindahan hutan tropika yang membangkitkan suasana damai. Persekitaran indah lebih zahir dengan gabungan perabot kayu yang ditempah khas.

Destinasi penginapan ini dilengkapi kemudahan asas dan dikelilingi gunung dan sungai. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti mendaki gunung, berjalan kaki dan berbasikal sepanjang menetap disini.

Singgah Di Restoren Makanan Laut Hasan Bin Mohd Ong

Datang dan jamu selera di Jalan Tun Habab. Kesemua menu yang ditawarkan disini dimasak sendiri pemilik serta ahli keluarganya. Pengunjung boleh harapkan pelbagai menu masakan Cina dan antara hidangan mesti cuba adalah daging rusa lada hitam, sotong goreng nestum dan ikan masak tiga rasa ala Cina.

Hutan Lipur Gunung Panti

menarik di kota tinggi

Menjadi destinasi yang sesuai untuk menghabiskan masa terluang dengan berekreasi bersama keluarga mahupun teman terdekat. Antara tarikan menarik yang ada disini adalah berkhemah, jejak hutan, memerhati burung dan mendaki gunung. Terdapat juga kemudahan lain seperti gerai makan, padang dan trek joging untuk digunakan.

Air Terjun Kota Tinggi

menarik di kota tinggi

Lokasi ini sangat sesuai untuk dikunjungi kanak-kanak kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai dan tidak berbahaya. Disini juga tersedia gelongsor yang menambah keseronokan si kecil untuk bermain. Kemudahan asas juga ada disediakan bagi memudahkan pengunjung yang datang disini.

BACA : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

Masjid Jamek Kota Tinggi

menarik di kota tinggi

Masjid ini terlihat cukup ringkas dengan dominasi warna putih dan hijau lembut, selain kubah besar berwarna kuning. Apa yang menariknya, masjid ini memiliki kipas angin gergasi dan telah melakarkan sejarah tersendiri sebelum ini. Sekarang pun dah banyak masjid guna kipas gergasi ini.

Muzium Kota Tinggi

tempat menarik di kota tinggi

Pengujung boleh datang untuk kenali sejarah. Muzium ini berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan penyebaran maklumat sejarah. Muzium 2 tingkat ini mempunyai signifikan penting dengan peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Terdapat koleksi pameran yang jarang ditemui dari kurun ke-19 sehingga kini, termasuklah tembikar lama, lukisan kanvas, peralatan muzik dan pelbagai lagi

Leave a Comment