Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020, apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka. Kenapa? Situ macam banyak tempat sejarah je, macam tak best pula. Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang bertemakan bukan sejarah.

Jadi jangan berlengah lagi, jom kita tengok tempat menarik di Melaka yang anda boleh datang bercuti bersama teman-teman dan keluarga.

BACA : Antara Tempat Menarik Di Penang Yang Anda Boleh Lawati

20 Tempat Menarik Di Melaka

The Pirate Adventure

tempat menarik di melaka

Taman tema Indoor yang bertemakan ‘Pirate’ atau ‘Lanun’ memang seronok dikunjungi oleh mereka yang sukakan adventure atau cabaran. Di sini, anda boleh memakai kostum seperti lanun sambil berjalan mengelilingi taman tema yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dalam masa sama dapat merasai pengalaman menjadi seorang lanun. Jangan lupa datang The Pirate Adventure

Jika anda berminat anda boleh datang dengan bayaran sebanyak 

  • RM20 dikenakan bagi dewasa 
  • RM15 bagi kanak-kanak.

Waktu beroperasi:

  • Isnin-Khamis (10am-7pm)
  • Jumaat-Ahad, Cuti Umum (10am-9.30pm)

The Shore Sky Tower

tempat menarik di melaka

Ingin menguji tahap keberanian sambil meningkatkan adrenalin anda? Jom naik ke tingkat 43 di bangunan tertinggi dan pusat beli-belah terbaharu di Melaka ini. Keluar sahaja dari lif, lantai kaca lutsinar dan dan dinding kaca lutsinar di ruang terbuka membolehkan anda menyaksikan panorama sekeliing Bandar Melaka. Satu adventure bagi mereka yang gayat tatkala melihat pemandangan di bawah!

Bayaran sebanyak RM25 dikenakan bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Jom tempah untuk naik The Shore Sky Tower

Waktu buka

  • Isnin-Ahad (10.30am-11pm)

The Shore Toy Museum

tempat menarik di melaka

Dalam pusat beli-belah ini juga anda boleh singgah ke Toy Museum yang terletak di Aras 1. Ia menempatkan lebih daripada 10,000 koleksi permainan Edisi Terhad dengan tiap satunya mempunyai rekaan unik tersendiri yang didatangkan dari Jepun, Thailand dan banyak lagi.

Bagi peminat anime dan komik tanpa mengira kategori umur, di sinilah tempatnya anda boleh melihat adiwira pujaan dan karakter kartun yang anda minat . Memang ralit melihat koleksi yang dipamerkan sehinggakan tidak sedar masa berlalu. Jangan takut untuk mengambil gambar kerana anda bebas berbuat demikian!

Anda hanya perlu membayar RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Waktu buka:

  • Setiap hari bermula 10.30 am-9pm

Masjid Selat

tempat menarik di melaka

Keunikan masjid yang dibina dengan rekaan seni binaan masjid terapung Jeddah adalah ia dibina atas pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Pulau Melaka. Setiap kali air pantai pasang, masjid ini akan kelihatan seperti terapung-apung di atas air.

Tiang masjid ini sering dijadikan sebagai lampu isyarat bagi bot-bot dan kapal laut yang melalui Selat Melaka pada waktu malam.

tempat menarik di melaka

Menggunakan penataan hiasan dalaman sesebuah rumah dengan lima ruang iaitu dapur, ruang tamu, bilik tidur uutama, bilik tidur kanak-kanak dan bilik air, bezanya kesemua perabot dan kelengkapan rumah diletakkan dalam keadaan terbalik.

Di sini, cabaran adalah lebih kepada kreativiti dalam mengambil gambar di setiap sudut dalam galeri.

Untuk masuk ke Upside Down House Galeri ini, orang dewasa perlu membayar RM15 (Bukan warganegara-RM20) dan kanak-kanak bawah umur 2 tahun RM10 (Bukan warganegara-RM16)

Waktu buka:

  • Isnin-Khamis (10am-7pm)
  • Jumaat-Ahad (10am-9pm)

Pantai Klebang

tempat menarik di melaka

Datang Melaka sekarang ni tak sah orang cakap kalau tak singgah di Pantai Klebang. Selain daripada tempat menjamu selera disini seperti coconut shake Klebang, kat sini juga tempat instagrammers suka bergambar. Ini kerana, disini terdapat kawasan pantai yang berbukit dengan pasir putih. Sangat sesuai untuk bergambar dan berswafoto disini sebagai kenangan.

Muzium Kapal Selam

tempat menarik di melaka

Terletak di sekitar Pantai Klebang, ia adalah muzium kapal selam pertama seumpamanya di Melaka. Diberi nama FS Quessant Agosta 70, ia adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia dijadikan tempat latihan krew pertama kapal selam dan kali terakhir ia digunakan adalah sewaktu belayar di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Menariknya, terdapat pakej disediakan bagi yang ingin merasa pengalaman bermalam di sini. Ia boleh menempatkan sehingga 25 orang dalam satu-satu masa. Pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak Perbadanan Muzium Melaka.

Bayaran tiket hanyalah RM5 untuk dewasa dan (Bukan warganegara RM10) dan RM2 untuk kanak-kanak (Bukan warganegara RM6).

Waktu buka:

  • Isnin-Khamis (9am-5.30pm)
  • Jumaat-Ahad (9am-6.0pm)

The Shore Oceanarium

tempat menarik di melaka

Satu lagi tarikan menarik di Aras 2 pusat beli-belah The Shore. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini memandangkan mereka dapat mengenali pelbagai spesies haiwan laut dan habitat mereka. Malah kanak-kanak dan pengunjung diberi peluang memegang beberapa jenis haiwan yang diletakkan di dalam Touch Pool.

Manakala di Zon Interaktif, siap dilengkapi dengan “Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium” yang mana pengunjung perlu memakai cermin mata 3D untuk melihat “Like Real Vision” dan wayang gambar 3D.

Bayaran sebanyak RM35 dikenakan kepada dewasa manakala warga emas dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM25.

Waktu buka:

  • Setiap hari bermula 10am-9pm

Mamee Jonker House

tempat menarik di melaka

Sebut Mamee, pasti sudah terbayang plastik kuning dengan makanan di dalamnya yang rangup. Selepas lebih 40 tahun dalam industri makanan, Mamee buat pertama kalinya memperkenalkan ‘Concept Store’ milik mereka. Terletak di Jonker Street, ia mempunyai 4 tarikan:

  1. Mamee Café – Di kafe ini, pengunjung dapat merasai pelbagai menu menarik yang menggunakan Mamee Chef Tarik Noodle Cakes sebagai bahan asas hidangan.
  2. Mamee Merchandise – Pengunjung boleh membeli pelbagai produk makanan dan barangan eksklusif di kedai ini.
  3. Noodle Doodle – Di sini, anda berpeluang mereka cipta cawan Mamee Chef Noodle mengikut kreativiti sendiri. Berkonsepkan ‘mix and match’, serlahkan bakat melukis anda!
  4. Lil Monster Kitchen – Dengan mengikuti sesi bengkel selama 90 minit pada hujung minggu, anda dapat mengetahui ‘rahsia’ makanan Mamee Monster.

Waktu buka:

  • Isnin, Rabu & Khamis (10am-5pm)
  • Jumaat-Ahad (10am-7pm)

Melaka Thousand Tales of Adventures – The Adventures Of Sinbad

tempat menarik di melaka

Sinbad, satu karakter kartun yang memang tidak asing sejak dahulu lagi. Di sini, anda akan menaiki kapal dan bersiap sedia menyertai pengembaraan mendebarkan serta penuh aksi dengan Sinbad, Pelayar yang merentas tujuh lautan bersama anak kapalnya mengalahkan ahli sihir Shaman dan roh tenteranya dalam misi menyelamatkan dunia.

Mengguna simulasi teknologi 7D yang pertama seumpamanya di Malaysia, anda akan menolong Sinbad mengalahkan mereka yang jahat, memecahkan kod rahsia di setiap bilik seterusnya menuju ke cabaran-cabaran bertema seterusnya.

Tiket untuk dewasa adalah RM28 dan kanak-kanak RM23.

Waktu buka:

  • Isnin-Khamis (10am-7pm)
  • Jumaat-Ahad (10am-9.30pm)

Melaka River Cruise

tempat menarik di melaka

Pengunjung boleh menaiki kapal cruise menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang sungai ini, pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan dinding bangunan merangkumi rumah penginapan, hotel dan rumah penduduk yang terletak berhampiran di lukis dengan seni grafiti berwarna-warni.

Pemandangan waktu senja hingga malam lebih cantik berbanding waktu siang kerana sepanjang sungai dilimpahi dengan pencahayaan warna-warni lampu dekoratif.

Kaunter tiket dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11.30 malam. Harga tiket bagi dewasa adalah RM10 (Bukan warganegara RM15) dan RM5 bagi kanak-kanak. Buat tempahan disini

Skytrex Adventure

tempat menarik di melaka

Untuk peminat sukan outdoor lasak, inilah tempat anda! Dengan konsep ‘sky-trekking’, anda boleh merasai pengalaman ‘terbang’ ataupun meluncur dari satu pokok ke pokok lain melalui aktiviti yang disediakan. Lebih ekstreme adalah aktiviti SkyRide yang mana anda berbasikal menyeberangi laluan bertali.

Bagaimanapun, pengunjung digalakkan membeli tiket secara online melalui telefon pintar dan bayaran boleh dibuat mengguna pindahan, kredit kad dan juga Paypal terlebih awal sebelum memasuki tempat yang terletak di Taman Botanikal Ayer Keroh.

Bayaran masuk adalah RM60.

Waktu buka:

  • Setiap hari bermula pukul 9am hingga 3pm.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

tempat menarik di melaka

Satu lagi tarikan terbaharu di Melaka. Taman tema air yag terletak di Ayer Keroh mempunyai 11 tempat menarik antaranya Tornado Chaser, Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island selain dikelilingi oleh hutan hijau semula jadi seluas 360 hektar.

Bayaran dikenakan adalah seperti berikut:

  • Dewasa RM37.90 (Hari biasa) dan RM42.65 (Hujung minggu)
  • Kanak-kanak RM30.80 (Hari biasa) dan RM36.75 (Hujung minggu)
  • Warga emas RM23.70
  • Dewasa (Bukan warganegara) RM49.75
  • Kanak-kanak (Bukan warganegara) RM42.65
  • Warga emas/OKU (Bukan warganegara) RM27.25

Waktu buka:

  • Selasa-Jumaat (11am-7pm)
  • Sabtu-Ahad (9am-7pm)

Freeport A’Famosa Outlet

tempat menarik di melaka

Baru sahaja dibuka, ia menyerupai Johor Premium Outlet, syurga beli-belah bagi mereka yang gemar membeli barang berjenama popular terkenal antarabangsa. Berkeluasan kira-kira 180,000 kaki persegi, ia menawarkan lebih 70 jenama meliputi fesyen, sukan dan aksesori barangan.

Penat membeli-belah, anda boleh berehat di tepi tasik, air pancut, karousel dan kincir air yang direka dengan seni bina Belanda.

Waktu buka:

  • Isnin-Ahad (10am-10pm)

Menara Taming Sari

tempat menarik di melaka

Setiap hujung minggu, akan nampak satu barisan panjang orang menunggu untuk menaiki Gyro tower pertama seumpamanya di Malaysia ini. Dengan ketinggian 110 meter, apabila tiba di atas, pengunjung dapat melihat 360 darjah panorama Bandar Melaka sambil duduk di tempat yang disediakan dalam struktur yang berpusing. Penyewaan binokular turut disediakan bagi mereka yang ingin menggunakannya.

Jika cuaca baik, maka akan kelihatan Pulau Sumatera dari kejauhan. Jika ingin melihat Melaka dalam warna-warni terang dek pencahayaan lampu-lampu, maka bolehlah menaiki menara ini pada waktu malam.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM17 dan kanak-kanak RM11. Tempah disini.

Waktu buka:

  • Isnin-Ahad (10am-10pm)

sumber : Jom Travel Cheap Cheap

Leave a Comment