Terbang Tanpa Had Bersama AirAsia Dengan Harga RM399

Syarikat tambang murah, AirAsia hari ini memperkenalkan Pas Tanpa Had AirAsia dimana anda boleh terbang tanpa had dalam Malaysia dengan harga RM399 sahaja.

Fasa PKPP ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk rentas negeri dan dibenarkan juga untuk bercuti di dalam negara sahaja disebabkan sempadan negara masih lagi ditutup bagi penerbangan antarabangsa sama ada daripada dalam dan luar negara.

Jadi disebabkan itulah, AirAsia berbesar hati ingin menggalakkan percutian domestik ini dengan memberi tawaran AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia kepada rakyat Malaysia. Anda bebas untuk terbang beberapa kali dalam Malaysia dengan harga RM399 sahaja

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia

airasia

Tawaran ini hanya dibuka kepada Ahli BIG sahaja. Jadi anda perlu daftar terlebih dahulu disini untuk melayakkan anda dapatkan pas ini.

Anda boleh dapatkan Pas Tanpa Had AirAsia dengan harga RM399 ini bermula 11 hingga 13 Jun 2020 dan ianya boleh digunakan bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021 (lebih kurang 9 bulan)

Dengan pas ini, anda boleh terbang beberapa kali bersama AirAsia selama tempoh tersebut dengan harga yang ditetapkan. Antara destinasi yang menerima pas ini seperti Alor Setar, Langkawi, Kuala Lumpur, Terengganu, Johor Bahru, Kuching, Sandakan dan banyak lagi.

airasia

Cara Untuk Membeli AirAsia Unlimited Pass Ini

Langkah 1: Layari www.airasia.com/deals atau melalui aplikasi AirAsia dan klik pada Deals.

Langkah 2: Log in terlebih dahulu akaun Ahli Big anda

Langkah 3: Klik pada AirAsia Unlimited Pass

Langkah 4: Lihat terlebih dahulu segala T&C, FAQ yang dipaparkan terlebih dahulu sebelum anda membuat pembayaran. Pastikan anda faham segala yang ditetapkan.

Langkah 5: Kli pada Purchase Now

airasia

Selepas berjaya, kini anda hanya perlu tunggu tarikh penerbangan yang dibenarkan selepas 25 Jun ini.

Secara ringkas, fee penerbangan ini adalah tidak termasuk Passenger Service Charge (PSC) iaitu RM11 dan Regulatory Service Charge (RSC) iaitu RM1 dan juga perkara ‘add-ons’ yang lain.

Selain itu, anda hanya boleh tebus tiket penerbangan menggunakan AirAsia Unlimited Pass ini jika penerbangan tersebut menunjukkan tanda 100% OFF.

Untuk tempah penerbangan, anda perlu buat 14 hari sebelum penerbangan dan jika lebih 3 kali anda tidak menaiki pesawat seperti yang ditempah, pas anda tersebut akan dibatalkan oleh pihak AirAsia. Anda juga tidak dibenarkan untuk tukar tarikh tau. Anda boleh dapatkan segala informasi berkaitan di bahagian FAQ dan T&C

Cara Untuk Buat Tempahan Penerbangan Menggunakan AirAsia Unlimited Pass

Langkah 1: Layari www.airasia.com/deals atau melalui aplikasi AirAsia dan klik pada Deals.

Langkah 2: Log in terlebih dahulu akaun Ahli Big anda

Langkah 3: Klik pada My Purchases dan pilih View Now AirAsia Unlimited Pass

Langkah 4: Klik pada REDEEM dan kemudian anda akan dibawa ke pencarian penerbangan di airasia.com

Langkah 5: Cari waktu penerbangan adna

Langkah 6: Pilih mana-mana destinasi dalam negara dan mana-mana waktu yang ada tanda 100% OFF yang hanya boleh ditebus menggunakan pas tanpa had ini

Langkah 7: Buat pembayaran

Langkah 8: Kini anda berjaya untuk menebus tiket anda menggunakan pas tersebut.

airasia

Jika pembelian anda menggunakan pas ini tidak berjaya, pastikan anda clear internet cache anda dan refresh semula pautan tempahan AirAsia tersebut.

airasia
Destinasi terpiliha dalam negara

Anda boleh dapatkan info lanjut daripada facebook rasmi AirAsia atau melalui laman web http://www.airasia.com/deals

Leave a Comment