Tidak Perlu Lagi Kuarantin Wajib 14 Hari Jika Anda Datang Dari Sabah

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kongsikan SOP terbaru dimana pengembara tidak perlu lagi kuarantin wajib 14 hari jika datang dari Sabah.

Jika sebelum ini, pengembara yang datang dari Sabah, mereka perlu jalani kuarantin wajib 14 hari walaupun tiada gejala dan result swab test negatif pada awalnya. Ini berikutan kes di Sabah sehingga 24 November 2020 sahaja telah mencatatkan 26,619 kes positif COVID-19.

kuarantin wajib

Tapi dari hari ke hari, kes di Sabah menunjukkan penurunan sikit demi sedikit dan kemungkinan ini adalah sebab kenapa SOP dilonggarkan dan tiada lagi kuarantin wajib 14 hari tersebut.

Tiada Lagi Kuarantin Wajib 14 Hari Bagi Pengembara Dari Sabah

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba melalui perkongsian di Twitter KKM. Dimana bermula 25 November 2020, pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani swab ujian pengesanan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain di Malaysia.

Sekiranya mereka ini positif ujian pengesanan COVID-19 atau sekiranya bergejalan, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

Bagi yang positif COVID-19, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan. Manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan.

BACA : PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Kelantan Bermula 21 November 2020

Seterusnya bagi pengembara yang dibenarkan meneruskan perjalanan keluar dari Sabah, mereka akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan COVID-19 dan diwajibkan penggunaan MySejahtera setibanya di Pintu Masuk Negara di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal COVID-19 disahkan negatif, pengembara ini tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Leave a Comment