Tiket Percuma Awana SkyWay Khusus Kepada Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Percutian aokme kini lebih menarik apabila Resort World Genting kini menawarkan tiket percuma bagi menaiki Awana SkyWay (cable car) khusus kepada rakyat Pahang bermula 27 Mac 2021.

Antara daya tarikan utama yang ada di Genting Highland selain daripada SkyAvenue dan Genting Highland Premium Outlet (GPO), disana terdapat pengangkutan Kereta Kabel atau dipanggil Awana SkyWay. Anda boleh menaiki dari bawah terus ke puncak tanpa memandu kereta.

genting highland

Jika anda sampai disana, anda perlu menaiki di SkyWay di GPO iaitu di Awana Station dan terus ke puncak dan berhenti di SkyAvenue Station. Dalam perjalanan anda boleh nikmat pemandangan indah alam semula jadi. Jika berkesempatan, anda boleh berhenti di Chin Swee Station untuk melihat senibinda Gua Tokong Chin Swee yang ada disana. Perjalanan dari bawah ke puncak hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Tiket Percuma Menaiki Awana SkyWay Untuk Rakyat Pahang

Khusus kepada rakyat negeri Pahang, dapatkan tiket percuma pergi dan balik (return) bermula 27 Mac 2021 hingga 4 April 2021 daripada 9 pagi hingga 9 malam. Anda hanya perlu tunjukkan bukti kad pengenalan (IC 06 sahaja) ketika buat penebusan di kaunter. Selain itu, tawaran ini hanya terhad untuk 200 yang terawal sahaja.

awana skyway

Tetapi jangan risau kepada yang terlepas atau bukan IC 06, mereka juga ada menawarkan harga tiket murah untuk tempoh terhad iaitu serendah RM9 untuk tiket pergi balik (return) yang mana harga asal adalah RM16. Jadi anda sudah jimat 44% disitu.

Tiket percuma, anda perlu tebus di kaunter sahaja. Manakala untuk harga promosi, anda boleh beli di kaunter, di kiosk yang disediakan atau beli terus secara online menerusi website Genting atau melalui platform Klook.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran tiket percuma Awana SkyWay ini, anda boleh layari laman web di www.rwgenting.com/gettinghere/awanaskyway/

Leave a Comment