9 Tips Nak Hilangkan Rasa Takut Ketika Menaiki Kapal Terbang

Anda pernah tak merasa takut atau melihat orang lain yang berperasaan takut untuk naik kapal terbang. Ini bukan takut biasa, be like takut sampai menggangu emosi.

Ketakutan ini ianya dipanggil Aviophobia yanga mana perasaan takut menyelubungi seseorang sehingga terganggu emosinya. Ianya akan memberi kesan kepada diri dan juga orang sekeliling yang menjaganya.

hilangkan rasa takut

Sebenarnya kapal terbang antara pengangkutan yang paling selamat di dunia dengan kadar kemalangan yang sangat rendah tapi of course memberikan kesan yang besar jika berlaku.

Mungkin disebabkan ini lah, wujudnya golongan Aviophobia ni. Tapi nak bercuti dan travel kena la berani kan. Jadi mungkin anda boleh tengok dan guna tips ini bagaimana hilangkan rasa takut naik kapal terbang.

Cuba Sampai Awal di Airport

Datanglah ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemaa ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdegup kencang, ia akan menyukarkan keadaan untuk menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Datang lebih awal!

Memilih Tempat Duduk

Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu anda melihat kedudukan tempat duduk yang anda mahukan. Namun, bagi anda yang mudah rasa cepat cemas atau mempunyai perasaan Aviophobia ketika ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. Ini kerana bahagian hadapan agak kurang terasa gelora dan gegarannya.

Elakkan Minum Kopi atau Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih hyper dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

Mendengat Muzik Yang Menenangkan

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih rileks.

Baca : Tak Biasa Dengan Ombak Laut. Ikuti 5 Tips Hilangkan Mabuk Laut

Cuba Latihan Pernafasan

Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakan dengan cara menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik akan berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang dialami.

Beritahu Pegawai Penerbangan

Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa anda mengalami masalah ‘Aviophobia’ tersebut. Tidak perlu rasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang tersebut mengikut latihan yang mereka terima.

Sibukkan Diri

Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasanya boleh mengalihkan perhatian dan melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topil menarik juga boleh dilakukan. Ataupun tengok filem yang disediakan di TV kecil tersebut.

Jangan Terlalu Berfikir

Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendali juruterbang. Sangat penting untuk berfikir bahawa rasa panik dan cemas akan berlalu. Jadi, abaikan sahaja perasaan takut dengan hanya berfikir betapa indahnya lokasi yang bakal anda kunjungi apabila tiba nanti!

Berdoa Untuk Hilangkan Rasa Takut

Anda berdoalah kepada tuhan supaya hilangkan rasa takut ketika berada di dalam kapal terbang. Setidak-tidaknya baca doa naik kenderaan, supaya sepanjang perjalanan dipermudahkan dan diselamatkan daripada bencana dan perkara tidak baik.

Leave a Comment