Persediaan Sebelum Bertolak Bercuti Atau Travel Terutamanya Ke Luar Negara

Anda perlu buat persediaan sebelum bertolak ketika ingin bercuti atau travel terutamanya ke negara orang atau destinasi luar negara yang kita tidak tahu keadaan sekeliling.

Persediaan ini sebenarnya kita perlu buat bila-bila masa sahaja, lagi-lagi jika kita ingin bercuti ke destinasi yang buat pertama kali kita sampai seperti di luar negara. Kita tidak kenal orang sekeliling, kita tidak tahu keadaan tingkah laku di sana dan sebagainya.

Ini bagi mengelakkan kejadian buruk yang pastinya akan merencatkan mod happy kita untuk bercuti atau mungkin terpaksa membatalkan ‘travelling’ kita. Jadi persediaan sebelum bertolak ke destinasi yang dituju itu sangat perlu. Jom kita tengok tips persediaan yang perlu dibuat supaya barang, bagasi dan kita sendiri selamat sampai ke destinasi percutian.

8 Tips Persediaan Sebelum Bertolak Ke Luar Negara

Ambil Gambar Isi Kandungan Bag

Sila ambil gambar isi kandungan bag anda sebelum check-in. Mungkin dengan cara ini nampak remeh dan leceh, tapi ia boleh menyelamatkan anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cubaan memasukkan bungkusan dadah atau barang terlarang ke dalam bagasi kita. Banyak sudah berlaku di airport terutamanya.

Selitkan Itinerary Dengan Nombor Telefon Di Dalam Bag

persediaan sebelum bertolak

Tujuan selitkan itinerary dan nombor telefon ini supaya anda boleh dihubungi bagi memudahkan pihak berkuasa menjejaki anda sekiranya beg anda tercicir dimana-mana. Selitkan dibahagian yang mudah dilihat dan dicapai. Jangan sampai terdedah pula.

Buang Tag Perjalanan Sebelumnya

persediaan sebelum bertolak

Jika anda biasa menaiki kapal terbang, anda akan dapati bag anda akan dipasangkan tag. Jadi untuk perjalanan baru, pastikan bag anda bersih dan dibuang tag perjalanan dan destinasi sebelumnya. Mungkin, kewujudan tag-tag ini akan menyebabkan kekeliruan pada mesin pengimbas atau mungkin anda juga keliru nanti.

Elakkan Barang Mahal

Hindarkan daripada check-in barangan yang berharga seperti barang kemas, ubat-ubatan dan juga dokumen penting di dalam bagasi anda. Selain itu, elakkan menggunakan bagasi yang nampak mahal. Pencuti pasti akan lebih tertarik kepada bag kulit berbanding bag-bag biasa.

BACA : 10 Tips Travel Yang Anda Kena Tahu Sebelum Pergi Ke Korea Selatan

Asingkan Wang Anda

Biasanya, kita akan meletakkan wang, kad bank dan segala yang ada di dalam satu tempat iaitu sama ada di beg atau dompet. Namun, selepas ini, cuba amalkan menyimpan di 2 tempat yang berbeza terutamanya bila anda melancong ke luar negara.

Anda juga boleh pilih untuk menyimpan wang tersebut pada pasangan anda atau ahli keluarga yang lain. Jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini seperti kecurian, tercicir, kehilangan dan sebagainya, anda masih mempunyai baki duit simpanan berasingan. Bolehlah digunakan waktu kecemasan dan dapat mengurangkan kerugian.

Jangan Simpan Dompet Di Poket Belakang Seluar

Penyeluk saku sememangnya mampu mengambil dompet anda di poket belakang anda, terutamanya keadaan sesak dengan orang ramai tanpa anda sedari. Ini lah juga antara persediaan sebelum bertolak yang anda perlu buat iaitu simpan dompet di poket seluar depan atau poket yang mempunyai butang atau zip. Simpan dompet di dalam poket jaket juga amat baik dan praktikal, kerana anda boleh merasai kehadiran dompet anda sepanjang masa.

Elakkan Akses Bank Secara Online di Cyber Cafe Luar Negara

persediaan sebelum bertolak

Teknologi moden sekarang, ada baik dan buruknya. Justeru, hati-hati dan cuba elakkan diri daripada membuat sebarang transaksi atau akses kad kredit mahupun online banking di cyber cafe. Pengusaha CC tersebut mungkin mempunyai perisian seperti ‘keylogger’ atau software yang mampu merekod apa yang anda taip, sekaligus memudahkan penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi seperti username, password secara online dengan mudah.

Jangan Tarik Perhatian Orang Yang Tidak Dikenali

Jangan tinggalkan barangan keperluan dan kepunyaan terutamanya beg anda di tempat awam tanpa pengawasan dan pantauan rapi. Kebanyakan pelancong sering melakukan perkara-perkara sebegini ketika ingin membeli barangan di kedai, beli tiket atau masuk ke tandas. Seperti lain, biarkan tiada pantauan jika berada di restoren. Perlakuan ini pastinya sedang diperhatikan oleh orang jahat atau pencuti yang sentiasa menunggu masa. Jadi kalau ingin duduk, lebih selamat, sila pangku dan letak di atas riba anda. Insya Allah selamat.

Leave a Comment