Tips Travel Dan Bercuti Ke Korea

Ini bukanlah kali pertama saya travel ke luar negara dalam musim sejuk. Tapi ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki dan bercuti ke Korea Selatan. Ada beberapa perkara sama sahaja seperti di negara lain dan ada yang sedikit berbeza. Jadi saya nak share sikit tips untuk yang bercuti ke Korea.

Trip kali ini adalah melibatkan seluruh ahli keluarga saya iaitu seramai 14 orang. Daripada itu, 10 dewasa, 2 kanak-kanak dan 2 baby. Jadi sepanjang di sana, kami tinggal bersama, lakukan aktiviti bersama dan pastinya bergerak dari satu tempat ke satu tempat pun bersama. Senang kan.

Tips yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi sahaja. Mungkin ada yang tidak sesuai dengan situasi dan sebagainya. Tapi bolehlah anda buat rujukan bagi yang tengah bercadang untuk bercuti ke bumi Korea.

Selain itu, anda boleh baca itinerary penuh selama 6 hari percuti kami di Seoul, Korea Selatan disini.

5 Tips Travel Dan Bercuti Ke Korea

Mohon K-ETA dan buat Q-Code

Nampaknya kalau nak travel ke Korea Selatan jika dibandingkan dulu dan sekarang sudah berbeza. Paling ketara ialah kini anda tidak sewenang-wenangnya dibenarkan untuk masuk ke negara tersebut tanpa membuat permohonan kebenaran terlebih dahulu.

Kalau ada perasan, sebelum ini jika anda ingin memasuki negara Australia, anda perlu mohon kebenaran perjalanan walaupun untuk bercuti yang dipanggil Electronic Travel Authority (ETA). Kini perkara sama berlaku apabila anda ingin memasuki Korea. Anda perlu mohon K-ETA terlebih dahulu sehingga permohonanan anda tersebut diluluskan. Baru boleh masuk ke Korea.

Kalau dulu-dulu tak perlu pun K-ETA ni, anda boleh masuk Korea seperti biasa dengan pasport sahaja. Ini mungkin disebabkan sudah ramai orang Malaysia yang ‘bercuti’ ke Korea dan tidak pulang dalam tempoh yang ditetapkan dan bekerja secara haram. Jadi pihak berkuasa Korea perlu bendung perkara tersebut dengan permohonan K-ETA.

Jadi anda perlu mohon secara online di www.k-eta.go.kr/portal/apply/ dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan. Tunggu sahaja keputusan. Jika diluluskan, baru boleh masuk Korea. Tips untuk trip Korea saya sebelum ni, kami upah ejen sahaja yang mengurusan bagi proses permohonana. Alhamdulillah, hanya sekali mohon sahaja dan terus diluluskan.

Korea kini masih berwaspada tentang ancaman Covid-19, jadi touch down, semua pengembara diwajibkan untuk mengisi borang Quarantine Covid-19 Defence aka Q-Code. Anda boleh isi manual di sana atau boleh sahaja siapkan secara online di Malaysia menerusi laman web cov19ent.kdca.go.kr. Dah siap nanti, bawa sahaja kod dan simpan dalam phone. Di airport, just scan sahaja. Selesai.

Jadi dokumen penting yang perlu disiapkan untuk datang ke Korea selain passport adalah K-ETA dan Q-Code.

Pilih musim dan pakai bersesuaian

Anda kena tahu jika anda bercuti ke Korea Selatan mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Musim Bunga (Spring) pada pertengahan Mac hingga akhir Mei; Musim Panas (Summer) pada Jun hingga Ogos, Musim Luruh (Autumn) pada September hingga November dan Musim Sejuk (Winter) pada Disember hingga pertengahan Mac.

Anda perlu tetapkan musim mana anda nak datang ke Korea. Anda perlu tetapkan kerana musim tersebut akan mempengaruhi cuaca dan suhu. Jadi anda perlu sediakan pakaian yang bersesuaian. Takkan masa musim sejuk, nak pakai pakaian nipis kan. Jadi kena juga dapatkan winter coat, gloves dan sebagainya.

Macam saya sebelum ini di Korea sudah masuk penghujung musim sejuk. Suhu tidak lagi negatif seperti bulan sebelumnya. Tetapi masih bawah 10°C. Tidak boleh tidak, kena juga bawa winter coat, glove, berkasut dan lapisan baju yang tebal seperti longjohn. Nasihat saya bawa terus heatpack dari Malaysia. Di Korea, dieorang jual 1,500 Won satu. Tangan paling mudah sejuk dan kebas.

Pengangkutan

Benda ni anda dah kena tentukan bagaimana anda nak bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain sepanjang di Korea. Anda kena juga tengok berapa ramai anda bawa ketika travel. Anda bawa barang apa ketika travel. Macam mana nak sampai ke destinasi tersebut.

Untuk situasi saya paling ketara adalah kami travel 14 orang serentak dengan 3 stroller kesemuanya. Berbaloi ke nak sewa sebuah van besar dan angkut semua benda untuk bergerak dan jadikan ianya pengangkutan harian kami selama di Korea? Bagi saya tak berbaloi.

Anda kena tahu, rangkaian atau line train subway bawah tanah di Korea ada lebih 10 jajaran dan kesemuanya bersambung antara yang lain. Hampir semua tempat popular yang dilawati di Korea sebenarnya anda boleh sampai dengan hanya menaiki Subway sahaja. Jadi kami decide untuk guna Subway sahaja sepanjang di Korea. Stroller macam mana? Jangan risau, ada lift la.

Jadi nak naik subway tu bayar cash ke macam mana? Sama je macam tempat lain, guna kad khas dan di Korea ianya dipanggil T-Money. Macam Touch n Go juga. Nak beli kad pun, boleh di mesin setiap stesen atau ada juga dijual di kedai runcit biasa berdekatan. Tak perlu risau.

BACA JUGA : Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Penginapan

Takkan fikir jalan je kan kalau anda bercuti ke Korea. Kena fikir juga nak tinggal mana selama berada di sana. Untuk kami selama 6 hari, kami membuat keputusan untuk cari sebuah penginapan apartment atau rumah yang mampu untuk muatkan 14 orang terus. Jadi nak duduk bersama semuanya. Lagi pula, kami nak memasak di rumah. Lebih jimat. Kat hotel mana boleh masak kan.

Cuba search dalam Agoda, Booking semua tak jumpa. Jadi kami cuba di Airbnb sahaja dan ada banyak pilihan. Pastinya bukan hotel, sebab kami jumpa apartment half basement floor. Alhamdulillah semua kelengkapan cukup, ada dapur, ada tempat masak, 4 bilik tidur dan paling penting ada heater la. Sebab musim sejuk kan. Air memang sejuk teruk la kalau tiada water heater.

Sebenarnya kami tak banyak pilihan kerana 14 orang tersebut tidak banyak pilihan dengan tawaran harga yang berpatutan. Banyak yang mahal-mahal sahaja. Tapi dapat la tempat tersebut tanpa fikir tempat lain dah. Itu yang paling murah. Lagi pula jalan kaki 5 minit dah sampai stesen subway Hongik Univ. Mudah amat!

Ini penting, anda perlu pilih penginapan berdasarkan jumlah orang. Kemudian pilih di kawasan mana dan paling penting dekat dengan stesen subway. Mudah nak bergerak hari-hari. Nak makan mudah, cari rumah di area Itaewon. Banyak kedai makan halal disana.

Penyediaan itinerary

Akhir sekali tips untuk anda yang bercuti ke Korea yang anda perlu tahu adalah penyediaan itinerary selama berada di sana. Ini mengelakkan daripada anda buang masa rancangan, google atau terhegeh-hegeh baru nak cari kalau dah sampai Korea. Maklumat dan info tentang Korea sudah terlalu banyak di internet. Senarai tempat melawat pun dah banyak orang senaraikan.

Tapi bagi saya, kalau korang baru nak mula buat itinerary, lebih baik korang mulakan kawasan Itaewon terlebih dahulu untuk hari pertama. Anda kena tahu, di Korea susah nak dapatkan barangan atau jumpa restoren halal. Hanya ada ditempat tertentu sahaja.

Di Itaewon siapa ada muslim street tau. Jadi disini semua kedah runcit dieorang membekalkan barangan halal tanpa ragu. Anda boleh dapatkan barangan basah seperti daging, ayam, sayur dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik anda datang sini dahulu, beli bekalan yang cukup dan bawa balik. Nanti mudah untuk masak di rumah atau tempat penginapan.

Sebagai muslim juga, mungkin lebih baik travel atau pengembaraan anda bermula dengan solat di Masjid. Yes, di Itaewon ada sebuah masjid yang besar iaitu Seoul Centre Mosque. Masjid terbesar di Korea. Tapi takda la besar mana pun. Cukup untuk komuniti muslim di kawasan tersebut.

Singgah di itaewon masjid

Tapi trip saya sebelum ini, saya letak Itaewon pada hari terakhir. hahaha Dah sampai sana, baru rasa menyesal. Kalau tidak, boleh makan daging, ayam setiap malam.

Harap perkongsian tentang tips untuk yang pertama kali ingin bercuti ke Korea ini bermanfaat untuk anda untuk dijadikan panduan. Negara indah, negara sejuk, best jalan dan negara selamat. Jangn risau.

2 thoughts on “Tips Travel Dan Bercuti Ke Korea”

Leave a Comment