Waktu Operasi Restoran McDonalds Sepanjang Tempoh PKP

Untuk pengetahuan dan peminat McD, hari ini mereka secara rasmi mengeluarkan waktu operasi baru bagi semua restoren McDonalds sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

6 negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dihadkan waktu operasi perniagaan. Sejajar dengan itu, pihak McDonalds Malaysia akur dengan arahan tersebut dan mengikut segala SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan Kerajaan.

Waktu Operasi Restoren McDonalds

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua restoren McDonalds di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Sabah kini beroperasi bermula dari jam 7 pagi hingga 8 malam sahaja.

Kemaskini terbaru (22 Januari 2021) – Pengoperasian restoren McDonalds bermula 7 pagi hingga 10 malam.

waktu operasi

Selain itu, ruang makan ditutup buat sementara waktu. Jadi anda boleh nikmati Ayam Goreng McD bersama-sama Burger Prosperitu hanya melalui perkhidmatan pandu-lalu (drive-thru) atau pandu-masuk (drive-in), McDelivery atau kaunter Take-Away yang mana ianya masih beroperasi seperti biasa.

Ataupun lebih mudah, buat sahaja tempahan melalui Foopanda. Duduk rumah, nanti mereka akan hantarkan. Daftar Foodpanda sini.

take away

Manakala bagi restoren McDonalds yang berada di kawasan PKPB dan PKPP ianya beroperasi seperti yang ditetapkan iaitu sehingga 12 tengah malam.

Leave a Comment