Zoo Negara menganjurkan lawatan maya pada 15 Ogos ini

Ini pastinya berita gembira kepada semua pencinta haiwan. Pada Ahad ini, Zoo Negara akan menganjurkan lawatan maya kepada orang ramai. Jadi inilah masanya nak tengok binatang secara online.

Inilah antara pendekatan baru yang diperkenalkan oleh pihak Zoo Negara bagi memberikan peluang orang ramai untuk melihat binatang walaupun hanya secara maya.

Ini berikutan, Zoo Negara antara yang terkesan disebabkan PKP dan terpaksa diberhentikan operasi. Lagi pun Lembah Klang masih lagi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dengan inisiatif lawatan secara maya ini, pastinya mampu menjadi platform terbaru untuk memastikan Zoo Negara bagi terus beroperasi dan terus memberi peluang kepada orang ramai untuk melepaskan rindu nak tengok haiwan.

Zoo Negara bukanlah yang pertama mengadakan lawatan maya. Sebelum ini Taman Buaya Melaka, Taman Rama-Rama dan Reptelia Melaka dan Zoo Taiping juga pernah mengadakan lawatan maya.

Lawatan maya di Zoo Negara

Jadi sila mark your date! Lawatan maya atau Virtual Tour Zoo Negara buat pertama kali akan berlangsung pada 15 Ogos 2021 bersemaan hari Ahad ini, jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Yang paling best, anda boleh sertai secara PERCUMA sahaja menerusi laman facebook rasmi Zoo Negara di https://www.facebook.com/znegaramalaysia.

https://www.facebook.com/znegaramalaysia/posts/1973133102837679

Jangan lupa untuk ajak rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk saksikan acara ini beramai-ramai. Duduk di hadapan telefon pintar atau di depan laptop untuk tengok haiwan di Zoo Negara.

Dalam pada itu, anda juga boleh menyumbang bantuan kewangan kepada haiwan kesayangan menerusi tabung Zoo Negara di akaun 5144 2210 3830 (Maybank)

Leave a Comment