Edisi kali ini, seramai 22 atlet Malaysia telah berjaya melayakkan diri ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan sekali gus menggalas cabaran negara ke peringkat tertinggi.
Senarai atlet yang layak termasuk 4 atlet wanita ini telah diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin yang melibatkan 9 jenis sukan.
Dalam pada itu, para atlet akan ditemani oleh 16 jurutlatih termasuk caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat sepanjangn temasya berlangsung.
Selepas Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai pada 8 Ogos yang lalu, kini temasya Paralimpik Tokyo 2020 pula akan berlangsung bermula 24 Ogos ini sehingga 5 September 2021 yang juga berlangsung di Tokyo, Jepun.
BACA : 20 Restoren Makanan Halal Di Jepun
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kali ini akan melibatkan sebanyak 22 jenis sukan dengan 539 acara yang dipertandingkan di 21 venue berbeza di seluruh Tokyo.
Untuk dapatkan jadual penuh sepanjang temaysa berlangsung, anda boleh layari laman web Paralympic Tokyo di olympics.com/tokyo-2020/en/paralympics/schedule/
Senarai 22 atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Ini merupakan senarai kontinjen Malaysia yang layak ke Paralimpik Tokyo 2020 bersama 9 jenis sukan
Olahraga
- Abdul Latif Romly
- Muhammad Ziyad Zokefli
- Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
- Wong Kar Gee
- Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin
Berbasikal
- Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
- Muhammad Hafiz Jamali
- Zuhairie Ahmad Tarmizi
- Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
- Nurul Suhada Zainal
Renang
- Brenda Anelia
- Muhammad Nur Syaiful Zulkefli
- Jamery Siga
Memanah
- S. Suresh
- Wiro Julin
Badminton
- Cheah Liek Hou
- Didin Terasoh
Boccia
- Chew Wei Lun
Angkat Berat
- Bonnie Bunyau Gustin
- Jong Yee Khie
Ping Pong
- Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda
- Abu Samah Borhan
Untuk rekod, Malaysia memperoleh 3 pingat emas dan 1 gangsa dalam edisi Paralimpik Rio 2016 sebelum ini. Adakah kita akan menyaksikan lagi kilauan emas dari kontinjen Malaysia tahun ini?
sumber : hellokerja, bernama