10 Penginapan Unik Di Malaysia Yang Korang Kena Singgah Bermalam

Di Malaysia juga terdapat tempat penginapan yang unik sama seperti di negara-negara lain yang anda boleh cuba. Penginapan unik ini pastinya tidak akan dilupakan jika berpeluang untuk bermalam di mana-mana salah sebuah hotel tersebut.

Penginapan ini termasuklah hotel, guesthouse, treehouse dan macam-macam lagi. Apa yang menyebabkan ia unik adalah penginapan tersebut tidaklah seperti bangunan hotel biasa yang kita lihat di kawasan-kawasan tertumpu seperti di bandar dan pusat percutian. Tetapi ia dalam bentuk kontena, capsule, bas dan macam-macam lagi.

BACA : Apa Itu BigPay? Betul Ke Bagus Untuk Travel?

Ya, anda menginap di dalam bas, anda tidur di dalam kontena dan sebagainya. Jadi kalau anda nak cuba tempat-tempat ini, anda boleh tengok disini senarai 10 penginapan unik yang ada di seluruh Malaysia.

Terra’s Tree House (Cameron Highland, Pahang)

Terra Tree House adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik. Terletak jauh ke kawasan pergunungan di Cameron Highland, Terra Tree House menampilkan 6 rumah orang asli yang dibina menggunakan buluh dan daun nipah, yang menawarkan pemandangan menghadap ke hutan. Tidur rumah atas pokok beb.

Telefon : 017-516 2125
Emel : terratreehouse@gmail.com
Harga : dari RM280

Time Capsule Retreat (Sungai Lembing, Pahang)

penginapan unik

Rakam memori indah bersama pasangan dan keluarga di penginapan kapsul yang unik yang pernah suatu ketika dan sehingga kini masih viral di media sosial. Anda akan bermalam di dalam capsule berbentuk bulat dengan beberapa jenis bilik yang ditawarkan. Pastinya akan memberi pengalaman berbeza berbanding bermalam di dalam hotel biasa seperti diluar sana. Anda boleh cuba bermalam di Time Capsule Retreat

Telefon : 013-963 8888
Emel : timecapsuleretreat@gmail.com
Harga : dari RM119

Tubotel Hotel (Pulau Langkawi, Kedah)

Terletak di tengah-tengah Langkawi, Tubotel Hotel mempunyai hiasan yang unik yang menampilkan bilik berbentuk tiub. Kebanyakan bilik menghadap laut. Hotel ini mempunyai 3 kolam renang, restoren dan internet percuma di kawasan awam. ianya sama seperti Time Capsule Retreat tetapi ianya menghadap laut berbanding di hutan.

Telefon : 012-329 4094
Emel : info@tubotel.com
Harga : dari RM128

Nipah Guesthouse Pangkor (Pulau Pangkor, Perak)

penginapan unik

Chalet berbentuk A-Frame yang diberi nama Nipah Guesthouse Pangkor ini pastinya menjanjikan percutian yang ideal buat pasangan bercinta dan keluarga. Luangkan masa dengan bersantai di kolam renang dan memberi makan kepada Burung Enggang. Lagi-lagi dah duduk di Pulau Pangkor, hayatilah pemandangan selama berada di sana.

Telefon : 017-506 9259
Emel : nipah.guesthouse@gmail.com
Harga : dari RM250

Container Hotel (Kuala Lumpur)

penginapan unik

Kali ini kita duduk dalam kontainer pula. Hotel ini diilhamkan oleh konsep KYOSHO Jutaku yang bermaksud kehidupan selesa di sebuah rumah yang menggunakan ruang kecil. Jika anda tidak pernah menginap di dalam container, maka boleh cuba alaminya sekarang. Container Hotel turut dibina di KLIA2 jika anda mencari untuk tidur yang berpatutan di airport.

Telefon : 03-211 04388
Emel : enquiry@containerhotel.com.my
Harga : dari RM110

The Happy Eight Retreat (Ipoh, Perak)

penginapan unik

The Happy 8 Retreat mewujudkan suasana yang tenang dengan gabungan unik dalam suasana oldskool yang digabungkan bersama sentuhan moden, alam semula jadi dan seni. Hotel ini boleh di dapati di 3 lokasi iaitu Bandar Lama Ipoh, Ipoh Pasir Puteh dan Kuala Sepetang. Deko yang digunakan, bukan biasa-biasa dan menjadikannya unik.

Telefon : 05-243 8388 / 05-243 8288
Emel : info@thehappy8.com.my
Harga : dari RM288

Hotel De Art (Shah Alam, Selangor)

penginapan unik

Hotel de ART bukan sekadar hotel biasa. Ia merupakan hotel butik yang pertama dengan 58 bilik yang direka mengikut tema seni yang berbeza. Ia diilhamkan oleh cerita dongeng, buanga, alam semula jadi, fantasi, filem, bandar-badnar seperti Paris dan New York, mistik Mesir, gaya Eropah, watak kartun seperti Hello Kitty dan Mickey Mouse serta superstar legenda seperti Elvis Presley, Michael Jackson, malah Lady Gaga. Setiap bilik, ada seni yang tersendiri. 

Bustel Klebang (Melaka)

Antara yang paling unik iaitu anda akan bermalam di dalam sebuah bas. Ya, sebanyak 40 buah bas ini pernah digunakan di negeri Melaka diberi nafas baharu dan diubahsuai menjadi restoren dan chalet. Pastinya menggamit memori buat mereka yang pernah berada di era 80an dan 90an di negeri Melaka. Jangan lupa untuk menikmati keenakan coconut shake Pantai klebang yang terkenal sambil menginap di dalam bas.

Telefon : 019-741 4113
Emel : www.facebook.com/bustelmelaka
Hari : dari RM80

The Stable Melaka Guesthouse (Melaka)

penginapan unik

Imbau kembali ke nostalgia lama era penjajahan Belanda pada abad yang ke-16 di Melaka dengan menginap di guesthouse yang eksklusif ini. Dekorasi Peranakan yang digayakan dengan seni warisan dan gaya kontemporari yang ditampilkan pada dekorasi penginapan pasti menggamit hati anda. Luar nampak klasik, tapi dalam hotel. Dont judge the book by its cover.

Telefon : 016-274 9686 / 012-698 4917
Emel : enquiries@musanglena.com
Harga : dari RM350

A’moss Farmstay (Cameron Highland)

Satu lagi tempat penginapan unik yang ada di Cameron Highland. Anda boleh rasai bermalam di dalam seperti igloo di tanah tinggi dalam keadaan sejuk seperti di Kutub Utara. Disini tempat menginap anda akan menghadap sebuah pemandangan yang sangat cantik lagi-lagi ketika bangun pagi. Tempatnya yang sejuk sehingga tiada kipas disediakan di dalam bilik. Mesti best kan kalau dapat bermalam disini

Telefon : 019-555 0356
Emel : ruban_segaran@yahoo.com
Harga : dari RM200

1 thought on “10 Penginapan Unik Di Malaysia Yang Korang Kena Singgah Bermalam”

Leave a Comment