Apa Itu BigPay? Betul Ke Bagus Untuk Travel?

Mungkin ramai lagi masih tertanya apa itu BigPay? Kenapa katanya bagus guna untuk travel? Jimat sangat ke kalau guna? Inilah persoalan yang admin timbulkan sebelum menggunakan BigPay. Ternyata banyak faedah rupanya.

BigPay: Challenge Banking ni dalam erti kata mudah ada perkhidmatan e-wallet dimana anda membuat bayaran tanpa menggunakan tunai. Tetapi berbeza dengan e-wallet yang lain kerana mereka juga memberi kad fizikal iaitu kad debit Mastercard kepada anda. Anda ada akaun e-wallet dan ada kad debit jika guna Big Pay. Itu je ke kelebihannya?

bigpay

Kelebihan BigPay

Selain daripada kad debit yang diberikan, terdapat banyak lagi kelebihan Big Pay lagi-lagi untuk mereka yang selalu travel ke luar negara.

  1. Kad yang diberi (Mastercard) boleh digunakan sebagai kad debit dan juga boleh membuat transaksi dalam dan luar negara. Jadi fungsinya sama seperti kad bank lain yang anda ada.
  2. Kad boleh diblock atau freeze bila-bila masa sahaja atau ketika hilang terus melalui aplikasi BigPay je. Dan boleh unblock anytime disitu juga.
  3. Disebabkan ianya kad debit Mastercard, jadi anda boleh shopping online juga seperti di Lazada, Shopee dan toko online yang lain. Kedai yang boleh bayar guna kad pun, guna je Big Pay. Kedai macam Speedmart, Mydin, Tesco, McDonalds, KFC, semua boleh guna.
  4. Setiap perbelanjaan RM20 anda akan dapat AirAsia BIG point. Jika BigPoint dah banyak, boleh redeem tiket flight percuma daripada AirAsia. Banyak belanja, banyak point, banyak tiket flight.
  5. Jika anda beli tiket AirAsia guna kad Big Pay, processing fee tidak akak dikenakan. Jadi tiket flight lebih murah di AirAsia.
  6. Anda boleh track dan summarise setiap perbelanjaan anda menggunakan aplikasi Big Pay. Duit keluar, duit masuk, semua ditulis di dalam BigP ay. Mudah untuk anda merancang
  7. Boleh withdraw duit daripada mesin ATM yang mempunyai logo mastercard tetapi ada caj bagi setiap transaksi (bank tempatan = RM6 dan bank oversea = RM10).
  8. Inilah paling best untuk travaller iaitu currency exchange rate atau kadar tukaran wang asing daripada Big Pay sangat terbaik. Mereka memberi 0.00% fee untuk setiap transaksi ketika berada di luar negara. Bank pun ada fee yang dikenakan bagi setiap transaksi jika di luar negara. Big Pay adalah 0.00% fee beb!

Sekarang sudah tahu apa itu Big Pay, kelebihan-kelebihan yang ditawarkan. Jika ianya menarik minat anda, boleh terus daftar. Untuk pengetahuan awal, pendaftaran Big Pay adalah PERCUMA!

Cara Daftar BigPay

Pendaftaran Big Pay melalui 2 peringkat, jadi anda kene ikut kedua-duanya, then baru boleh guna Big Pay. Simple sangat. Sekali lagi peringatan, pendaftaran adalah PERCUMA

Pendaftaran melalui aplikasi BigPay

Terlebih dahulu, anda perlu muat turun aplikasi Big Pay :

Android : Playstore | iOS : Appstore

  1. Jika sudah download, bukan BigPay dan tekan butang Sign Up
  2. Pilih Malaysia dan tekan Next
  3. Masukkan No Telefon anda
  4. Kemudian anda perlu masukkan no kod pengesahan yang diterima dari SMS
  5. Set kan Password yang akan digunakan setiap kali untuk log in dan juga kod pad kad anda
  6. Klik I Accept
  7. Tekan Lets Start
  8. Kemudian masukkan butiran peribadi anda alamat emel, nama, alamat dan sebagainya
  9. Pada bahagian ini anda perlu masukkan bahagian Referals Code iaitu masukkan kod  0LMZHKVZ3T dan anda akan dapat RM10.00 secara percuma.
  10. Tekan Next
  11. Kemudian Tangkap gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda. Anda perlu membut pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan. Iainya hanya untuk memastikan korang pemegang Kad Pengenalan yang sah, itu sahaja
  12. Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda.
  13. RM20.00 bukan yuran pendaftaran, tetapi hanya proses pendaftaran sahaja. Jadi anda akan menerima wang itu kembali di dalam akaun BigPay. Total didalam BigPay anda, ada RM30 nanti
  14. Selesai untuk 1 peringkat
bigpay

Cara Aktifkan Kad BigPay

Selesai semua proses anda perlu tunggu kad BigPay anda yang akan dihantar terus ke rumah anda secara percuma. Akan ambil masa 5 – 7 hari bekerja. Tunggu kad anda dihantar ke rumah tau baru boleh proceed ke peringkat seterusnya.

  1. Bila kad BigBap anda sudah sampai ke rumah
  2. Buka aplikasi BigPay anda
  3. Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad BigPay anda
  4. Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan yang tersedia RM30

Sangat mudah dan pasti ianya PERCUMA kan. Jadi anda boleh terus guna kad tersebut di mana-mana tempat yang menerima pembayaran mastercard baik dalam dan luar negara

Leave a Comment