10 Tips Travel Yang Anda Kena Tahu Sebelum Pergi Ke Korea Selatan

Korea Selatan antara destinasi terkenal yang dilawati oleh rakyat Malaysia. Jadi kalau sesiapa nak melancong ke Korea, ikuti tips travel ini terlebih dahulu.

Korea Selatan menjadi salah satu destinasi percuti kesukaan rakyat Malaysia kerana jarak perjalanan tidak terlalu jauh, dengan menaiki kapal terbang, tempoh perjalanan lebih kurang 5-6 jam tambahan lagi kos tiket kapal terbang pun tidaklah terlalu mahal dan kalau pandai boleh cari ketika syarikat penerbangan membuat promosi.

Korea juga tidak memerlukan visa (dengar cerita, perlukan visa bermula 2020 ini, tak pasti) untuk memasuki negara tersebut. Sebelum anda merancang untuk travel ke sana, ikuti tips travel ke Korea Selatan ini terlebih dahulu.

10 Tips Travel Ke Korea Selatan

tips travel

Bawa Baju Sejuk Yang Sesuai

Jika anda ke Korea Selatan pada musim sejuk, pastikan anda membawa baju sejuk dan stoking yang sesuai. Stoking cotton adalah paling sesuai untuk keselesaan anda semasa musim sejuk ketika berada di sana.

Bawa Pakaian Yang Sesuai Ketika Musim Sejuk

Bawa Gloves yang diperbuat dari kulit, penutup kepala dan telingan serta mafla bagi digunakan dan mengekalkan kepanasan badan anda ketika musim sejuk. Pastikan anda membawa barang-barang ini sebelum melancong ke Korea Selatan di musim sejuk.

Bawa Jumlah Pakaian Yang Cukup

Jika anda mengembara secara bajet, bawa baju secukupnya. Jika sebelum ini, anda bawa baju beberapa helai, kemudian beli baju di tempat melancong untuk menjimatkan ruang bagasi, ia tidak sesuai di Korea Selatang. Ini kerana, di Korea Selatang, kebanyakkan baju, seluar atau pakaian dijual dengan harga agak mahal di Malaysia. Senang cerita, jika nak shopping, sediakan duit banyak-banyak lah.

Tukar Matawang WON Secukupnya

Tukar matawang Korea Selatan (Won) secukupnya. Jika perlu bawa duit untuk kecemasan, tukar selebihnya kepada USD. Ini kerana mata wang Ringgit susah diterima di sana. Mungkin jika ada pun, tak banyak tempat yang menerima Ringgit di money changer Korea Selatan.

Belajar Asas Bahasa Korea

Bukan Semua rakyat Korea Selatan fasih berbahasa Inggeris. Oleh kerana bahasa merupakan masalah yang utama, pastikan anda belajar sedikit perkataan Korea yang penting untuk urusan semasa ketika berada di sana. 

Aniha Sayo = Selamat
Oni = Kakak
Opa = Abang
Sage-sage = Minta kurang

BACA : Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Jaga Kebersihan

Korea Selatan sebuah negara yang bersih dan negara yang mengamalkan konsep kitar semula untuk sampah sarap. Jadi jangan membuang sampah merata-rata nanti anda akan di saman. Jaga negara luar seperti kita menjaga negara sendiri.

Elakkan Berbahasa Jepun

Elakkan berbahasa Jepun di Korea. Ini kerana mungkin anda akan dibenci dan dipulaukan oleh orang Korea. Sejarah telah membuktikan, terdapat segelintir masyarakat di sana tidak begitu menggemari Jepun akibat daripada sejarah silam sewaktu peperangan Dunia Ke-2.

tips travel

Pilih Makanan Di Korea

Makanan di Korea Selatan majoritinya berasaskan sayuran. Paling terkenal adalah Kimchi dan rumpai laut. Rakyat Korea jarang makan ayam dan daging kerana kepercayaan mereka ayam dan daging antara satu sebab datangnya penyakit pada diri.

Makanan Halal Di Korea

Harga makanan di Korea agak murah. Pun begitu, makanan halal memang agak sukar di dapati di sana. Jika teringin menikmati sajian halal masyarakat Arab, anda boleh singgah di Itaewon. Banyak makanan halal di sana.

Pengangkutan Awam Yang Efficient

Pengangkutan awam di Seoul sangat bagus dan efficient. Jadual LRT dan jadual pergerakan LRT yang disediakan memang menepati masa dan Korea Selatang juga mempunyai jaringan LRT bawah tanah (Subway) yang banyak. Perkhidmatan bas awam dan teksi juga cekap dan berkesan. Ia murah, baru dan selesa. Jadi masalah pengangkutan bukanlah masalah ketika berada di Korea Selatan.

Leave a Comment