McDonalds Belanja 100,000 Iced Latte Secara Percuma Sempena Hari Kopi Sedunia!

Peminat kopi semua, ada berita baik. McDonalds nak belanja 100,000 Iced Latte secara percuma sempena Hari Kopi Sedunia.

International Coffee Day disambut pada 1 Oktober setiap tahun. Walaupun tiadalah perayaan rasmi disambut tetapi pada hari tersebut pastinya memberikan makna yang lebih terutamanya kepada penggemar kopi tak kira jenis apa pun.

BACA : Sedap Weh! Menu Baru McDonalds, Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol

Dengan itulah, McDonalds sambut seruan sempena Hari Kopi Sedunia ini. Ya! mereka akan belanja orang ramai sehingga 100,000 Iced Latte secara percuma.

Iced Latte Percuma Daripada McDonalds

Melalui pengumuman di facebook McDonalds dan juga website rasmi, McCafe akan belanja 100,000 cawan Iced Latte dengan cara melalui McDelivery. Ya, jadi anda perlu buat tempahan melalui pautan McDelivery dan masukkan kod MCCAFEFREE.

iced latte

Promosi ini akan berlansung sepanjang Oktober sehingga stok masih ada. Sepertinya, anda boleh dapat secawan Iced Latte (Medium) secara percuma dengan pembelian RM14 dan keatas. Kemudian barulah anda boleh tebus dengan masukkan kod promosi yang diberikan.

Selain itu juga, anda boleh dapatkan Iced Latte dengan harga serendah RM1.99 untuk saiz medium dengan pembelian melalui aplikasi McDonalds. Ada juga boleh dapatkan Iced Latte Value Bundle dengan harga RM9.99 sahaja, 50% diskaun untuk Iced Chocolate dan banyak lagi. Jangan lupa muat turun aplikasi McDonalds di Play Store dan App Store tau.

iced latte

Jadi apa lagi, buat tempahan sekarang di McDonalds…

Leave a Comment