Sedap Weh! Menu Baru McDonalds, Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Dan McFlurry Cendol


Hari ni aku berkesempatan untuk cuba menu baru daripada McDonalds iaitu Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe dan juga McFlurry Cendol.

Rasanya mereka sudah iklan dalam beberapa minggu yang lepas selepas Korean Burger. Tapi sebenarnya bukanlah menu baru tetapi menu yang diubah dan diolah mencari menu baru. Ini kerana Nasi Lemak McD sudah lama diperkenalkan dan Spicy Chicken McDeluxe pun sudah ada dalam bentuk burger. Tetapi McFlurry Cendol ini betul menu baru.

nasi lemak spicy chicken mcdeluxe

Jadi disebabkan itulah, aku order keduanya sekali sempena juga free delivery daripada McDonalds bermula 17 hingga 19 Ogoso 2020. Jadi saya hanya bayar harga makanan sahaja beserta caj perkhidmatan.

BACA : 5 Tempat Makan Ikan Patin Temerloh Yang Anda Kena Cuba

Awal bagi tahu, kedua-dua menu terbaru ini, berbaloi untuk anda cuba lagi-lagi McFlurry Cendol! Anda boleh dapatkan dimana-mana premis McDonalds seluruh Malaysia.

Review Ringkas Nasi Lemak Dan McFlurry Cendol

Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe

McDonalds memperkenalkan variasi Nasi Lemak McD yang terbaru sehingga 3 jenis. Jika sebelum ini hanya disediakan bersama dengan Ayam Goreng McD, tetapi kali ini ada lagi 2 penambahan. Jika anda pergi ke premis McDonalds, anda boleh order Nasi Lemak Ayam Goreng McD, Nasi Lemak Kepingan Ayam (Spicy Chicken McDeluxe/GCB) atau Nasi Lemak Rendang Ayam.

nasi lemak spicy chicken mcdeluxe

Jadi untuk itu, saya pilih untuk buat tempahan Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe Cutlet. Rasa nasi lemak masih sama seperti sebelum ini, dan jujur saya suka rasa Nasi Lemak McD kerana rasa sambal yang sedap dan pedas. Selain itu, kepingan ayam mcdeluxe juga sedap keransa rasa rangup, pedas dan isi ayam yang lembut.

Jika anda buat tempahan, dalam menu tersebut, dengan harga RM16.03 anda dapat nasi lemak, hirisan timun, ikan bilis goreng,telur goren, sambal ikan bilis dan 1 kepingan ayam (spicy chicken mcdeluxe yang dipotong 4) beserta Teh Air Limau bersaiz sederhana.

nasi lemak spicy chicken mcdeluxe

Jika diberi pilihan, rasanya saya lagi berminat untuk makan Nasi Lemak McD berserta ayam goreng Mcd terus. Lagi berbaloi dan sedap!

McFlurry Cendol

Rasanya kombinasi cendol dengan aiskrim ini sudah biasa berlaku bila anda makan cendol di luar. Tapi kali ini McDonalds tampil dengan kombinasi yang sama tetapi terbalik lah, bila aiskrim (McFLurry) dicampur dengan cendol. Serius, kombinasi yang mantap dengan rasa yang sedap dan bersama cendol di dalamnya!

Dengan harga RM7.08, anda boleh dapatkan McFlurry Cendol seketul. Di dalamnya diletakkan aiskrim, cendol dan gula merah. Anda seharusnya kacau dahulu bagi sebati gula merah dengan askrim. Baru best best makan!

Bagi saya rasanya macam mahal sikit la. Kalau nak makan lagi, mungkin kena fikir 2,3 kali juga la. Tapi rasa serius sedap, jangan risau!

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk rasa menu baru Nasi Lemak dan McFlurry Cendol. Kalau diberi peluang, kena rasa Nasi Lemak Ayam Rendang pula lepas ni. Tak pernah lagi rasa rendang daripada McDonalds ni.

Leave a Comment