Langkawi Catat Rekod Menerima 1000 Tempahan Hotel Sejam Selepas PKPP Diumumkan

Industri perhotelan Langkawi hari ini sepertinya mendapat sinar baharu apabila telah menerima 1000 tempahan hotel kira-kira sejam selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sementara itu, PKPP akan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan pada 9 Jun ini. Dengan arahan itu, banyak perkara telah mendapat kelonggaran antaranya dibenarkan rentas negeri dan juga dibenarkan industri pelancongan domestik beroperasi sepenuhnya dengan SOP yang ditetapkan.

Pelancongan Domestik Dibenarkan Sepanjang PKPP

pkpp langkawi

Berikutan kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik, industri perhotelan Langkawi telah menerima 1000 tempahan daripada orang ramai. Hal ini diberitahu sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir.

Dengan berita tersebut, beliau menyifatkan ianya permulaan yang baik dan positif bagi industi pelancongan untuk bangkit kembali selepas lebih 3 bulan terhenti disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang menyerang Malaysia sehingga hari ini.

BACA : Yeah! Pelancongan Domestik Dibenarkan Sepanjang PKPP

Menurut laporan astroawani juga, LTA menjangkakan lebih 1 juta pelancong tempatan akan travel ke Langkawi sepanjang tahun ini sehingga 31 Disember 2020 kelak, tetapi katanya mungkin ada sedikit kekurangan dimana ada bahagian yang tidak dibenarkan beroperasi seperti kolam renang.

Sedikit sebanyak, mungkin akan merencatkan kegembiraan pengunjung yang ingin bermalam di hotel dan resort yang disediakan di Langkawi.

Kalau ramai-ramai datang sekeluarga, mesti nak bergembira, nak mandi kolam, nak tenangkan diri. Tetapi ada bahagian tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini berlangsung.

Walau bagaimanapun katanya, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

sumber : astroawani

Leave a Comment