Menteri Kanan Keselamatan mengumumkan arahan PKPB dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan bermula 21 November 2020 selama 2 minggu.
Pengumuman ini dilakukan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media harian berkaitan keselamatan sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan. Arahan ini dibuat berikutan kes jangkitan COVID-19 meningkat dari hari ke hari di Kelantan
Jika sebelum ini, PKPB telah ditamatkan lebih awal bagi 4 negeri iaitu Johor, Terengganu, Kedah dan Melaka tetapi kini 1 negeri pula diarahkan PKPB iaitu Kelantan walhal sebelum ini negeri tersebut antara negeri yang tidak mencatatkan kes penularan COVID-19.
BACA : PKPB Ditamatkan Di Terengganu, Kedah, Johor Dan Melaka
PKPB Dilaksanakan Di Kelantan


Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Kelantan adalah berkuatkuasa pada 21 November 2020, jam 12.01 malam sehingga 6 Disember 2020 iaitu selamat 2 minggu.
Jadi sepanjang tempoh ini, penduduk di Kelantan tidak dibenarkan untuk rentas daerah dan rentas negeri tanpa surat kebenaran daripada pihak Polis. Anda boleh dapatkan surat kebenaran melalui online atau terus ke balai polis berdekatan.
Semoga kes peningkatan jangkitan COVID-19 di Kelantan dapat dikurangkan sehingga ianya tiada kes dicatatkan.