Bagi mereka yang berminat dengan alam semula jadi, ada berita baik untuk anda, Taman Negara kini boleh dilawati bermula 15 Jun ini. Jadi anda boleh kembali nikmati pengalaman bersama alam semula jadi disini.

BACA : Tempat Menarik Di Pahang Yang Anda Boleh Lawati

Notis pembukaan semula ini anda boleh dapatkan di facebook rasmi Perhilitan yang telah dikongsikan beberapa hari yang lepas. Notis tersebut memberitahu pembukaan semula kawasan ekopelancongan di bawah seliaan Jabatan Perhiliran bermula 15 Jun 2020 kepada pelawat.

Taman Negara Kini Dibuka

taman negara

Jadi antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
  • Taman Negara Pahang, Sungai Relau
  • Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
  • Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong
  • Taman Negara Pulau Pinang
  • Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Ganda, Lanchang, Pahang
  • Tapak RAMSAR Tasek Bera, Pahang
  • Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor

Justeru itu, kepada para pelawat yang akan datang kelak, anda perlulah membiasakan diri dengna norma baharu dan mematuhi semua SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.

Antaranya, pastikan pelawat menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengehadkan jumlah pelawat yang datang. Selain itu, semua kakitangan dan pelawat disarankan untuk memuatnaik aplikasi MySejahtera ke telefon pintar masing-masing.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai SOP dan peraturan, anda boleh lihat di laman web rasmi KETSA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here