Dapatkan Tealive Dengan Harga RM2.60 Jika Bayar Menggunakan ShopeePay

Musim panas ni kalau dapat Tealive mesti sedap kan. Dapat menyejukkan tekak disamping air manis yang sedap dikala cuaca terik ketika ini.

Mungkin luahan hati anda didengari, apabila Tealive hari ini mengumumkan tawaran bagi minuman mereka kepada orang ramai. Manakan tidak, anda boleh dapatkan minuman dengan harga RM2.60 secawan sahaja. Banyak tu jimat kan.

BACA : Tawaran Hotel Cuti-Cuti Malaysia Kini Di Shopee

Tawaran Daripada Tealive

tealive

Tawaran ini dibuka kepada semua pengguna Shopee. Ya! anda boleh dapatkan harga RM2.60 secawan jika anda membayar menggunakan ShopeePay. Oleh itu, anda perlu aktifkan e-wallet ShopeePay anda terlebih dahulu melalui aplikasi Shopee. Ini kerana, ShopeePay hanya boleh diakses melalui aplikasi Shopee sahaja.

Tawaran ini bermula 10 Mac sehingga 30 April 2021 dan ianya valid untuk semua jenis minuman yang dijual dan disemua cawangan Tealive seluruh Malaysia. Harga ini ditawarkan bagi harga minuman berharga RM6.60 dan kebawah sahaja. Jika lebih, anda perlu tambah harga yang selebihnya. Masih berbaloi kan!

Cara Dapatkan Minuman Dengan Harga RM2.60

  1. Anda pergi mana-mana cawangan Tealive
  2. Buat pesanan minuman kegemaran anda di kaunter
  3. Bayar menggunakan ShopeePay dan anda layak untuk dapatkan harga RM2.60 tersebut

Tawaran ini terhad untuk 5 penebusan bagi setiap pengguna dan ianya terhad untuk 80,000 penebusan sahaja sepanjang kempen ini berlangsung. Jadi anda perlu cepat. Siapa cepat, dia dapat.

Maklumat lanjut, boleh pergi ke pautan TealivexShopeePay

Leave a Comment