8 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Istanbul

Jika anda bercadang untuk bercuti atau travel ke Istanbul dalam masa terdekat, anda kena tahu beberapa tips sebelum travel ke bumi Turki tersebut. Ini bagi memudahkan segala urusan ketika berada di sana.

Istanbul adalah sebuah bandar terkenal sekali di Turki. Bukan itu sahaja, destinasi tersebut menjadi destinasi kegemaran bagi pelancong di seluruh dunia sehingga tahun 2020 pun. Orang cakap, tak sah, kalau tak pernah sampai Istanbul.

Istanbul juga merupakan salah satu bandar di dunia yang mempunyai 2 benua yang berbeza iaitu benua Asia dan benua Eropah. Kiranya, anda pergi ke Istanbul, anda pergi 2 benua la tapi masih dalam negara Turki yang sama.

Jadi sebelum sampai di sana, ikuti tips persediaan untuk pergi travel ke Istanbul, Tukri anda perlu anda tahu.

5 Tips Persediaan Sebelum Travel Ke Istanbul

travel ke istanbul

Bahasa

Di Istanbul, mereka menggunakan bahasa mereka sendiri, Turk tetaoi kini semakin ramai yang mampu berbahasa Inggeris walaupun tidak semua. Jangan terkejut juga jika ada pekedai yang memanggil anda singgah ke kedainya dengan seruan “mari, murah murah”. Ini juga antara penarik yang mereka mampu ucapkan dalam Bahasa untuk menarik pelancong Malaysia. Perkataan lain dia tak tahu. Jadi kalau tidak keberatan, belajarlah sedikit bahasa Turki dengan perkataan yang mudah-mudah sahaja.

Tukaran Wang

Turki menggunakan matawang Lira tetapi sesetengah kedai di Istanbul turut menerima Euro atau USD. Tapi pastinya akan dikenakan harga sedikit tinggi kalau guna USD atau Euro. Jadi sebelum pergi ke Istanbul, pastikan anda tukar terlebih dahulu di RM kepada Lira. Khuatir di sana, RM tidak diterima bagi tujuan pertukaran.

BACA : BigPay Memberikan Currency Exchange Rate Di Luar Negara Yang Terbaik

Pilihan Penginapan

Jika boleh, pilihlah tempat penginapan yang hampir dengan destinasi pelancongan yang anda ingin lawati atau sekurang-kurangnya mudah untuk dapatkan pengantkutan awam. Sebagi contoh, lokasi kawasan Sultanahme adalah hampir dengan Masjid Biru, Istana Topkapi, Haghia Sophia dan Grand Bazaar selain stesen Tram. Jangan risau, banyak je hotel yang berpatutuan di Istanbul.

Makanan

travel ke istanbul

Makan di Istanbul, anda tidak perlu khuatir. Disebabkan ianya negara Islam, status halal tidak diragui. Terlalu banyak restoren dengan gerai makan  yang menghidangkan masakan tempatan seperti kebab, pelbagai jenis roti, sup, pasta dan sebagainya.

Di sana nasi, mereka menggunakan bijiran gandum yang dinamakan bulgur. Nak sangat nasi, boleh la cuba. Tapi nak jimat, bawa la makanan sendiri dari Malaysia kan (maggi la apa lagi)

Kalau singgah di Eminonu, jangan lupa cuba kebab ikan disana. Ianya dijual diatas bot di tepi jeti. Ikan segar punya. Harga-harga makanan di Istanbul tidaklah terlalu mahal kalau pandai cari kawasan

Pengangkutan

Dengan harga tiket Tram lebih kurang RM4 untuk pass, anda boleh pergi ke semua destinasi, kerana harga semuanya sama. Tidak kiralah jarak dekat atau jauh, bayarannya sama. Tetapi bukab semua destinasi ada Tram ini. Mungkin anda perlu berjalan kaki atau menaiki bas pula selepas itu.

Selain bas awam, terdapat juga bas khas buat para pelancong iaitu Hop-On Hop-Off yang membawa anda ke lebih 30 destinasi pelancongan terpilih di Istanbul. Dengan hanya membeli tiket sekali sahaja, anda boleh pergi ke mana-mana destinasi yang diingini dengan menaiki bas itu sahaja. Tetapi hati-hati dengan ulat tiket.

Membeli-Belah Dan Seni Tawar-Menawar

travel ke istanbul

Banyak kedai terutamanya di Grand Bazaar yang tidak mempamerkan harga kerana mengharapkan berlakunya tawar menawar sehingga proses jual beli berlaku. Jika anda bernasib baik, sebenarnya ada kedai di sana yang menerima RM. Apasalah tanya dahulu.

Selain itu, anda perlu berhati-hati bila berlaku tawar menawar kerana mereka akan menggunakan matawang lain (Euro atau USD) yang menjadikan ianya sedikit mahal daripada Lira tetapi dengan harga yang sama. Tapi jarang berlaku ni.

Masyarakat Yang Peramah

Kadang jika ada kanak-kanan menegur anda, layakkan sahaja kerja mungkin mereka mahu mempraktikkan bahasa Inggeris yang telah mereka pelajari. Masyarakat Turki memang peramah. Walaupun mereka tidak mampu berbahasa Inggeris, tetapi mereka cuba juga untuk berbual dengan kita.

Tetapi ada juga keadaan mereka ini terlebih peramah. Istanbul juga antara tempat yang penuh dengan scammer. Kalau dieorang ajak minum dan katanya nak belanja semua, jangan sesekali ikut. Mungkin anda bakal jadi mangsa penipuan.

Rancang Perjalanan Sebaiknya

Sebelum travel, rancang dan senaraikan semua lokasi yang ingin dilawati ketika berada di Istanbul. Pastikan hari, masa semua ditetapkan terlebih dahulu. Tengok bila waktu operasi bagi sesebuah tempat. Sebagai contoh, mungkin ada kawasan yang dalam proses baik pulih dan terpaksa ditutup. Jadi pilih destinasi lain pula.

Pastikan anda bertolak dan sampai ke destinasi pilihan terutamanya jika anda merancang untuk ke lokasi tumpuan orang ramai. Sebagai contoh, Haghia Sophia, Istana Topkapi dan Istana Dolmavahce. Datang awal, jadi tak perlulah beratur panjang untuk hanya membeli tiket sahaja.

Jika diberi peluang, tangkap gambar sebaiknya di kawasan. Anda tidak akan jumpa lagi bangunan ikonik seperti di Istanbul di tempat-tempat lain. Abadikan pengalaman anda selama berada di Istanbul, Turki.

Leave a Comment