Travel Ke Singapore: Trip Bajet RM200 untuk 3 Hari

Singapore antara negara jiran yang terdekat dengan Malaysia. Jadi kalau ingin merasai berpijak di negara jiran, jom travel ke Singapore. Walaupun Dollar Singapore lebih besar daripada Malaysia, tetapi sebenarnya korang boleh bercuti di sana dengan kos RM200 untuk 3 hari.

Biar betul ni? Duduk Singapore 3 hari, guna SGD tapi kos RM300 je untuk seorang?

Ya, inilah yang dibuat oleh Hanany Rossdy, dimana beliau bersama rakan lain bercuti di Singapore dengan hanya RM200 seoran untuk 3 hari. Sebenarnya anda pun boleh, kalau bajet anda terhad. Jadi sediakan Trip Bajet ke Singapore

Trip Bajet Travel Ke Singapore Dengan RM200 Seorang

travel ke singapore

Disebabkan Singapore ini bersebelahan dengan Malaysia sahaja, jadi selain daripada Kapal Terbang, anda boleh masuk Singapore dengan pelbagai cara dengan kos yang rendah iaitu menggunakan Bas sahaja.

First Day

Naik bas Air-Con Express RM3.30 dari JB-Larkin ke Singapore. 1 jam kemudian baru sampai ke Woodlands, lepas imigresen . Dari MRT Woodlands ke MRT Kranji sebab nak buat kad Singapore Tourist Pass. (Kranji ni main office: buka selalu awal dan tutup lewat) Sebab kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dekat MRT Kranji sahaja.

BACA : Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan, Indonesia

Beli kad ni sebab nak jimat! Boleh kemana-mana sahaja dengan Bas dan MRT. (Ramai yg tak tahu Singapore ada Singapore Tourist Pass Card ni. So kami ambil untuk 3 hari!

  • 10 SGD for 1 days ( RM30)
  • 16 SGD for 2 days( RM48)
  • 20 SGD for 3 days (RM60)

Lepas siap beli kad, naik MRT ke Yishun sebab hostel kami dekat sana (Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina Bay Bayfront, Marina Bridge, Helix Drawbridge, Singapore Bayfront Avenue, Singapore Marina Bay Sands mall. Sebab kami malas nak jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay (Singapore Tourist Pass kan ada, so naik bas FREE lah). Sana ada pertunjukan lampu-lampu pada pukul 8-10 malam. Fush! berlari kami sebab takut terlepas show tu, memang seronok habis!

Second day

Naik MRT ke Chinese Garden untuk bergambar, lepastu naik MRT ke Harbour Front pulak. Dari MRT Harbour Front pergi ke laluan bas untuk ke USS. Kena bayar 1 SGD/ RM3 (pergi) balik takyah bayar dah. Sampai je sana, terus tangkap gambar dekat USS then cuci mata dekat kedai souvenirs. Terdapat banyak coklat!! waa?. Ada Merlion Statue dan bergambar juga dekat situ! Siap tu, terus berjalan ke Pantai Sentosa (20 min je). Penat-penat makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dekat line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik MRT balik ke hostel.

Third day

Naik MRT ke Bugis Street (banyak cenderamata) dan Little India. Ya Ampun! cantiknya design dan warna dekat building dia tu. Lepastu naik MRT balik ke Woodland dan ambil bas dari Woodland ke JB-Larkin terus. (1.50 SGD/RM3)

Place Visited

  • Marina Bay Sand
  • Marina Bay Bayfront
  • Helix Drawbridge
  • Garden By The Bay
  • Merlion Statue
  • Bugis Street (souvenirs)
  • Little Indian
  • Chinese Garden
  • Sentosa Island (USS)

Place to stay : Funworknet

Total Spent

  • Hostel 3 days : 40 SGD / RM120
  • Singapore Tourist Pass(valid 3days) : 20 SGD/ RM60
  • Bas Harbour Front – USS : 1 SGD/ RM3
  • Bas Jb larkin- Woodland :1.5 SGD/RM4.5
  • Bas Woodland- Jb larkin : 1.5 SGD/RM4.5
  • Total semua sekali : 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= rm195.30

*Price exclude food*

sumber : facebook Hanany Rossdy

Leave a Comment