Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan, Indonesia

Kita kalau nak cari pemandangan pantai atau kolam yang cantik, kita decide nak pergi Maldives. Ya, di sana pemandangan lautnya sangat cantik tapi sudah pastinya kos yang diperlukan sangat tinggi kan. Tapi jangan risau, sebenarnya ada je destinasi yang tidak jauh daripada Malaysia tetapi cantik iaitu di Pulau Batam dan Bintan, Indonesia

Jadi kalau korang bercadang nak datang sini, jom tengok itinerary yang dikongsikan oleh Meeraleana bagaimana korang boleh bercuti di Pulau Batam dan Bintan dengan kos yang murah berbanding pergi ke Maldives.

Perkongsian Itinerary Ke Pulau Batam Dan Bintan, Indonesia

Nak pergi Maldives tapi dompet tak mengizinkan? Pergilah Bintan! Trip 2 hari 1 malam Batam + Bintan.

Day 1

Bertolak dari rumah 6.45 pagi & sampai kat Terminal Feri Stulang pukul 7.15 pagi. Kaunter feri dibuka seawal jam 6 pagi. Tiket boleh beli through online or over the counter. Disebabkan taknak rushing so kiteorang beli walk in je. 1st trip 7.15 & next trip setiap 45 minit. Kiteorang naik next trip pukul 8.

Perjalanan dari terminal Stulang ke Batam Centre makan masa 2 jam. Sila google terminal terdekat dengan hotel anda. Batam kalau dari Pasir Gudang sejam setengah & dari Singapore cuma sejam. So boleh pilih nak naik dari mana. Sampai je kat Batam Centre, terus beli simkad untuk book Grab. Tapi area terminal, Grab tak dibenarkan masuk so terpaksa naik teksi.

BACA : Apa Itu BigPay? Betul Ke Bagus Untuk Travel?

Lepas check in & letak barang-barang, deal dengan supir tu untuk hantar ke jeti sebab nak terus ke Bintan & singgah lunch makan ayam penyet. Nak beli tiket ke Bintan pun make sure amik jeti Tanjung Uban. Naik speedboat mahal sikit tapi cepat, 15 minit je. Feri dalam sejam.

Sampai je kat jeti Tanjung Uban, cari teksi untuk ke Lagoi Bay. Kat Bintan ni pun memang takde Grab. Standard price one way jeti – Lagoi Bay RP250k. Nego-nego sikit dengan supir tu dapatlah RP450k untuk return price. Entrance fee untuk Treasure Bay Lagoi pun beli dengan dia murah, RP100k termasuk main slide. Kalau kat kaunter RP120k tak termasuk slide.

Tak cukup masa kat Treasure Bay ni sebab sampai pun dah pukul 2 petang. 4.30 petang supir dah nak pickup sebab takut takde boat nak balik ke Batam. Last boat 5.30 @ 6 petang depends passenger ramai ke tak. So sejam mandi, sejam bergambar, tapi sempat jugak lah mandi-mandi, main slide & see through canoe. Actually kena bayar mahal untuk main canoe tu. Semua mainan RM100++ each ?Dia cakap sebab dekat dengan Singapore. Tapi staff yang jaga tu baik. Kiteorang mintak amik gambar je tapi dia bagi naik free.

4.30 petang supir pickup & hantar ke jeti. Dari jeti amik supir lain untuk hantar ke restoran seafood. Mintak dia hantar kat restoran Kelong tapi dia hantar ke Golden Prawn 555. Okok je la takde murah & sedap sangat pun. Senibong lagi sedap. Lepas makan terus ke hotel & celebrate birthday atas rooftop.

Expenses day 1

  • Return ticket Stulang – Batam – Stulang : RM131/pax
  • Parking kereta : RM9
  • Evitel Hotel : RM203/3
  • Simkad : 95k rp/2
  • Teksi from terminal to hotel : 40k rp/3
  • Lunch set ayam penyet : 20k rp/pax
  • Teksi from hotel to jeti : 100k rp/3
  • Speedboat to Tg Uban : 53k rp/pax
  • Teksi to Treasure Bay return price : 450k/3
  • Entrance fee Treasure Bay : 100k/pax
  • Speedboat to Batam : 47k rp/pax
  • Teksi to Golden Prawn : 120k rp/3
  • Dinner at Golden Prawn : 421k rp/3

Day 2

Lepas breakfast kat hotel, book Grab ke Tebing Langit, tempat ala-ala di Jogjakarta. Ada rumah Hobbit, tikar terbang (tapi kena bayar harga lain). Nak naik sini kena hiking sikit tapi tak tinggi mana pun. Cuma kena hati-hati sebab safety sini agak teruk. Scary jugak la + gayat panjat atas tu. Lepas bergambar apa yang patut, still pakai supir yang sama. Deal dengan dia untuk bawa pusing-pusing Batam. Dari Tebing Langit kiteorang ke Balerang bridge, Masjid Chen Ho, singgah beli kek lapis & direct ke terminal feri untuk balik JB.

Expenses Day 2

  • Grab from hotel to Tebing Langit : 50k rp/3
  • Entrance fee Tebing Langit : 10k rp/pax
  • Tour Batam half day : 250k rp/3
  • Kek lapis : 250k rp
  • Seaport tax : 100k rp/pax

Cash bawa 1juta rupiah ~ +-RM300
Total all in : RM529

Tips:

Booking penginapan korang guna Airbnb lebih murah dan jimat. Selalunya akan complete sebiji rumah siap ada kitchen, senang korang nak masak. Tekan link disini

Credit : instagram meeraleana

Leave a Comment