Antara 8 Penginapan Airbnb Yang Menyediakan Permainan PS4 Sekitar Lembah Klang

Antara perkhidmatan yang anda boleh dapat melalui penginapan Airbnb adalah permainan PS4 atau permainan console. Jadi selain daripada bermalam di rumah tersebut, anda boleh luangkan masa untuk bermainan permainan video games.

Airbnb merupakan platform tempahan penginapan yang anda boleh tempah baik dalam dan luar negara secara online. Ianya sama seperti platform tempahan hotel, tetapi airbnb mengfokuskan kepada penginapan berbentuk rumah atau kediaman persendirian yang dijadikan tempat penginapan dan di iklankan rumah tersebut di dalam platform Airbnb ini.

Biasanya, kediaman dalam Airbnb sangat sangat cantik dan selesa serta kadar bermalam pun tidaklah terlalu mahal. Kebiasaanya, fasiliti yang disediakan cukup sama seperti jika anda bermalam di hotel tetapi kini anda bermalam di rumah. Tapi jika anda bernasib baik, mungkin tuan rumah tersebut ada sediakan kemudahan tambahan seperti permainan PS4.

BACA : Perlukan Penginapan Yang Terbaik? Ikuti Tips Memilih Hotel Dengan Betul Dan Bijak

Dengan kemudahan atau ciri tambahan ini, pastinya akan lebih ramai akan menempah rumah tersebut berbanding yang lain. Ianya akan menjadi kelebihan kepada tuan empunya kediaman. Jadi kalau anda nak tahu, penginapan Airbnb mana yang ada sediakan kemudahan permainan PS4 ini, anda boleh tengok 8 senarai dibawah bagi kawasan sekitar Lembah Klang.

8 Penginapan Airbnb Sediakan Permainan PS4

Penginapan Airbnb ini mengfokuskan pada kawasan Lembah Klang dan penginapan yang menyediakan permainan console seperti permainan PS4 dan Xbox. Jadi kalau anda ingin melawat Kuala Lumpur kelak, dan mahukan kemudahan tambahan ini, boleh tempah disini.

Sebelum anda buat tempahan menggunakan Airbnb, anda perlu daftar terlebih dahulu dengan klik di pautan dibawah.

1. ⚡KINGSIZE⚡Bed Eve Suites NETFLIX | PS4 | WIFI

Kediaman ini merupakan sebuah kondominium yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Terdapat banyak kemudahan yang anda boleh dapat seperti sambungan wifi, netflix, smart tv, pool, gym dan pastinya permainan PS4.

Harga yang ditawarkan sekitar RM125/malam dan pasti berubah-ubah mengikut hari. Jadi anda boleh tempah kediaman tersebut di Aibnb

2. PROMO 2-BR apt with PS4 + WIFI @ I-City

Kediaman ini merupakan condo privasi yang terletak di I-City, Shah Alam. Lokasinya sangat dekat dengan I-City Fun Land, Central i-City Mall (Sogo), kedai makan dan beberapa kedai lain. Selain daripada pemainan PS4 yang ditawarkan, anda juga dapat sambungan internet selaju 100mb, Android Box, mesin basuh dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan sekitar 130/malam dan berubah-ubah mengikut hari yang ditempah.

3. Host welcome you./PS4/31F/Massage Chai

Sebuah lagi kondominium tetapi kini berada di Cyberjaya, Selangor. Katanya ada fasiliti jakuzi, gym dan kolam renang macam resort di sini. Selain itu, kemudahan di dalam rumah, ada wifi 300mbs, Hypp TV, dan permainan PS4.

Harga yang ditawarkan sekitar RM108/malam.

4. A Place Call Home*PS4*NETFLIX*100 Mpbs*SelfCheckIN

Kalau datang Shah Alam dan nak cari kediaman yang ada permainan PS4, boleh cuba Vista Alam kondominium, Seksyen 14 ini. Rumah yang berkonsepkan studio dengan menyediakan kemudahan Netflix, wifi, snack percuma dan banyak lagi. Spotify premium pun ada.

Harga yang ditawarkan cukup rendah iaitu RM85/malam

5. The Xbox Studio | Netflix | Free WIFI

Kali ini berbeza sikit, tiada PS4 tapi penginapan Airbnb ini beri permainan Xbox. Lokasinya adalah di Cyberjaya, Selangor. Dengan susunan bilik yang minimal dan sangat cantik. Katanya, tak kena direct cahaya matahari pun. Takdala panas kan.

Harga yang ditawarkan juga murah iaitu sekitar RM70/malam

6. ⚡PERFECT GATEWAY⚡Relaxing Zen NETFLIX + XBOX ONE

Kediaman yang strategi yang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Walking distance dengan LRT je. Lokasinya adalah di Jalan Sultan Ismail. Ada infinity pool, gym dan banyak fasiliti lain. Sini juga disediakan permainan Xbox One dengan banyak sangat game yang disediakan.

Harga yang ditawarkan sekitar RM123/malam

7. Cozy Centrus w WIFI+Netflix+PS3+Washer@ Cyberjaya

Sebuah lagi kediaman yang berada di Cyberjaya yang menyediakan permainan console dan kali ini permainan PS3. Studio apartment ini berada di CBD, Cyberjaya dimana hanya 5 minit berjalan untuk pergi ke Pusat Beli Belah D’Pulse, kedai makan dan kedai-kedai lain. Kemudahan kolam renang dan gym pun ada disini

Harga yang ditawarkan sekitar RM78/malam

8. KL- 3 Bed room 3 Bath-Wifi, PS3 Netflix, 2Parking

Kondominium mewah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pasti memberi pemandangan dan pengalaman menarik ketika bermalam disini. Disini disediakan permainan PS3 dan netflix tau. Selain itu, dengan harga RM180/malam boleh dapat 3 bilik tidur dengan 3 bilik air tau. Daripada duduk hotel, baik duduk sini kan.

Leave a Comment