Kini Anda Boleh Bermalam Di Dalam Bas lama UM Selepas Ditukar Kepada Penginapan AirBnb

Anda rindu dengan bas UM? Ada kenangan bersama bas lama UM tersebut di zaman universiti sebelum ini? Dan ingin merasa bermalam di dalamnya? Kini mereka telah tukar Bas lama UM tersebut kepada penginapan AirBnb.

Jika anda alumni Universiti malaysia kini, pastinya anda sempat untuk menaiki bas yang disediakan bagi pengankutan pergi balik kampus. Dengan bas tersebut, anda bergerak daripada kolej kediaman ke bilik kuliah setiap hari. Dengan itu pastinya anda mempunyai banyak pengalaman dan kenangan bersama bas tersebut.

BACA : Antara 8 Penginapan Airbnb Yang Menyediakan Permainan PS4 Sekitar Lembah Klang

Sebelum diubah menjadi sebuah tempat penginapan, bas lama UM tersebut telah tersadai dalam tempoh yang lama tanpa berbuat apa-apa.

Jadi owner kepada Bas Lama UM ini yang juga merupakan pelajar Postgraduate Universiti Malaya merankap pegawai projek bagi Urban Biodiversity Conservation Group, The Rimba Project mengambil inisiatif untuk tukarkan bas lama tersebut kepada tempat penginapan.

bas lama um

Akhirnya bas tersebut telah dibawa ke kawasan banglo yang merupakan Rumah No. 2 di Universiti Malaysia dan telah menukarkan bas tersebut kepada tempat penginapan. Jadi, kini disitu terdapat 2 jenis tempat penginapan iaitu rumah banglo yang juga penginapan AirBnb dan Bas Lama Yang Sudah Ditukar ini.

Jom Menginapan Di Dalam AirBnb Bas Lama UM

Jadi kini anda sudah boleh menempah bagi merasai pengalaman bermalam di dalam sebuah bas yang kini menjadi tempat bermalam dengan kelengkapa yang lengkap sebagai sebuah tempat untuk berehat.

Lokasi penginapan ini adalah terletak di Seksyen 16, Kuala Lumpur yang juga berada di dalam kawasan Rumah No 2 di Universiti Malaya.

Dengan bayaran RM100 untuk semalaman, anda akan dihidangkan dengan sebuah katil queen, dapur untuk penyediaan makanan, meja makan yang boleh lipat bersebelahan tingkap yang menjanjikan view yang menarik, almari dan sebagainya. Jangan risau, kipas dan aircond pun ada disediakan. Manakala bagi tandas dan bilik air, anda perlu masuk ke kawasan rumah disebelah sahaja.

BACA JUGA  Cara Beli Insurance Dan Takaful Untuk Travel

Adakah anda mahu bermalam di dalam sebuah bas yang telah ditukar kepada tempat penginapan? Inilah masanya. Sila buat tempahan dia AirBnb dan pilih waktu yang sesuai. Datang dan tenangkan fikiran disini bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke Facebook Rumah No.2 Universiti malaya. Untuk tempahan, boleh terus ke pautan Airbnb disini

Leave a Comment