E-baucer RM50 Daripada Air Asia Sedia Ditebus. Ini Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Air Asia menyediakan e-baucer RM50 kepada pengguna Air Asia dan ianya disediakan sebanyak 24,000 e-baucer keseluruhannya bagi setiap rakyat Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang ni.

Pastinya ini berita baik kepada kepada kaki travel. Walaupun kita masih dalam tempoh PKP yang tidak membenarkan rentas keluar negara tetapi kita masih boleh boleh travel lokal bersama Air Asia.

Jadi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dibawah pakej ransangannya bagi memacu industri pelancongan domestik khususnya tawaran e-baucer RM50 ini diperkenalkan.

Jadi rakyat Malaysia masih lagi boleh Cuti-Cuti Malaysia dengan menaiki Air Asia ke mana-mana destinasi di seluruh negara dengan e-baucer rm50 ini.

Penebusan E-Baucer RM50

Setiap seorang rakyat Malaysia yang layak boleh tebus satu (1) e-baucer bernilai RM50 di laman web rasmi airasia.com bermula 30 November 2020 sehinggalah ianya habis ditebus.

BACA : Ketahui Kelebihan BigPay Bagi Tempahan Air Asia Dan Daftar BigPay Disini

Dengan e-baucer ini, anda boleh boleh dapatkan diskaun RM50 bagi setiap tempahan antara 30 November 2020 hingga 13 Disember 2020 bagi perjalanan bermula 7 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021

Cara Tebus E-Baucer RM50

Jadi jangan berlengah lagi, ikuti langkah ini cara untuk tebus e-baucer RM50 daripada Air Asia sekarang.

Langkah 1 : Log in akaun BIG Member anda (Daftar jika tiada lagi)

e-baucer rm50

Langkah 2 : Pergi ke bahagian My Account > Profile dan kemudian edit pada bahagian Travel Document dan klik Add My Passport

e-baucer rm50

Langkah 3 : Pada bahagian Issuing Country, pilih Malaysia kemudian kemaskini nombor kad pengenalan bersama sempang (-) dan jika selesai, klik pada Claim Voucher. Jangan lupa masukkan juga nombor passport anda.

e-baucer rm50

Langkah 4 : Akhir sekali semak email anda untuk dapatkan baucer Cuti-Cuti Malaysia bernilai RM50. Anda akan diberi kod baucer untuk ditebus kelak. Selesai!

e-baucer rm50

Cara Gunakan E-Baucer RM50 Ketika Buat Tempahan

Langkah 1 : Buat tempahan penerbangan seperti biasa di bahagian Booking

e-baucer rm50

Langkah 2 : Pilih waktu pelapasan penerbangan anda

e-baucer rm50

Langkah 3 : Pilih waktu penebangan balik

e-baucer rm50

Langkah 4 : Pada halaman pembayaran, anda masukkan kod baucer yang diberikan di emel anda sebelum membuat pembayaran. Selesai!

e-baucer rm50

Untuk ketahui lanjut berkaitan terma & syarat, anda boleh klik pada pautan Stimulis E-Voucher RM50 untuk cuti-cuti Malaysia anda selepas ini.

8 Laluan Baru Air Asia

Selain itu, Air Asia juga ada memperkenalkan 8 laluan baru memperluaskan jaringan domestiknya untuk perjalanan penting dan akan datang bermula Disember 2020. Ikuti jadual lengkap masa pelepasan dan tiba bagi setiap destinasi dibawah.

8 laluan baru air asia 2020

Leave a Comment